BL1M: Bantuan Lesen 1Malaysia

Sebelum ini wang yang perlu keluar poket mendapatkan lesen motosikal kelas B2 ialah sebanyak RM350 hingga RM690. Jumlah itu adalah bayaran kepada instiutusi memandu. Bayangkan kini mereka yang hendak mendapatkan lesen motosikal itu hanya perlu bayar serendah RM 199 sahaja.

Terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang merangka program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).
Dibawah program yang dilancarkan oleh ketua pergerakan itu ,Khairy Jamaluddin Isnin, permohonan itu terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 17 hingga 40 tahun yang belum pernah memiliki apa jua jenis lesen memandu dan tidak dikenakan saman trafik sebelum ini.
Menurut Khairy ia merupakan kadar terendah yang dikenakan di seluruh negara.
Katanya pendekatan ini membantu golongan muda mendapatkan lesen pada harga berpatutan, Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini di www.bl1m.my dan www.myeg.com.my.
Orang ramai boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif BL1M secara dalam talian. Mereka akan dihubungi setelah program ini dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*