BMP231 ; Tuntutan-tuntutan Gerakkan Rakyat


Tuntutan-tuntutan Gerakkan Rakyat Membersihkan Hipokrasi Majlis Peguam
  • Pada hari ini, 23 hb Januari 2013, Titik mulanya kebangkitan Gerakkan Rakyat untuk memastikan Majlis Peguam sebagai pemeang amanah kepada rakyat, dibersihkan serta dibebaskan dari unsur-unsur hipokrasi politik dan campur tangan pihak ketiga.
  • Mutakhir ini, ketidak puasan hati rakyat semakin meningkat terhadap tindakan-tindakan Majlis Peguam yang dilihat berat sebelah, prejudis, bias, ekstrem dan bersikap hipokrit.
  • Majlis Peguam dilihat tidak lagi memberikan khidmat yang telus, berwibawa dan Berjiwa Rakyat. Ketiadaan intergriti di dalam kepimpinan Majlis Peguam membawa kepada kekecewaan rakyat yang sentiasa dahagakan kebenaran
  • Gerakkan Kebangkitan Rakyat ini dinamakan “Bersihkan Majlis Peguam 231” atau singkatannya “BMP231”. Ini adalah satu permulaan memperjuangkan hak rakyat untuk membersihkan hipokrasi Majlis Peguam selama ini.
  • BMP231 akan terus memperjuangkan sebuah Majlis Peguam yang non-partisan berkecuali dan benar-benar bebas serta dihormati rakyat. Serta menurut segala tujuan & objektif penubuhan mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976.
  • BMP231 akan menubuhkan Pemerhati Majlis Peguam (PMP)/(BAR COUNCIL) untuk memantau dan mengawasi semua tindakan dan gerak geri Majlis Peguam. PMP juga akan bertindak dan berfungsi memastikan Majlis Peguam sentiasa mematuhi Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166).
  • PMP akan memastikan kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi dicemari dengan unsur-unsur hipokrasi dan benar-benar berkecuali seperti mana yang termaktub dalam akta profesion undang-undang 1976.
  • Bar Council Watch akan menjelajah ke seluruh negara secara fizikal & secara maya bagi mengumpulkan aduan rakyat yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan peguam atau menjadi mangsa penipuan peguam yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada Majlis Peguam.
  • Bar Council Watch akan mengkompilasikan aduan-aduan tersebut dan mengadakan sidang media dan pemberitahuan berkala bagi menyedarkan Majlis Peguam bahawa mereka perlu kurangkan berpolitik tetapi mereka perlu lebih menjaga intergriti dan profesionalisme ahli-ahli institusi guaman dan undang-undang.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*