BODOH???? siapa yang bangkit isu air…?

Rakyat di bodohkan kerana menuntut HAK
klik sini:
“Orang kata kalau kita berkawan dengan orang bijak pandai sikit sebanyak kita juga akan menjadi bijak.. begitulah juga jika kita berkawan …”
Itulah.. bila orang bodoh dijadikan pemimpin.. begitulah hasilnya… Kalau dah tak ada air tu.. tayammum kan boleh… “

Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau setelah buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, SEDANGKANKAMU TIDAK MENDAPAT AIR, maka BERTAYAMUMLAH kamu dengan debu tanah yg baik (suci)i” 

(Surah An-Nisa ayat 43/Surah Al- Maidah ayat 6) “



————————————————————————————————————–
Saalam,
Itulah kata2 dari lidah penyokong pakatan rakyat yang membodohkan orang padahal dia orang sendiri yang tak tahu (jahil?) tentang Pentingnya air untuk manusia,Btw blogger tu menulis ikut nafsu dan akal dia jek, tapi kesianla kat orang2 yang dia bodohkan tu, mereke menuntut hak, Tayamum adalah sebagai solution jika dalam musafir/darurat(tiada air) 
bukannya ASALAN yang kukuh nak bertayamum setiapa hari walhal ini berkenaan isu pengurusan dan kecekapan dalam menguruskan sumber untuk rakyat..

no point having water that can’t be used. tayammum is for emergency time not everyday. 
come on lah people we living in the twenty first century :
 pro-kerajaan

NGO sokong saman AKSB KOTA BHARU 

1 Ogos – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyokong penuh hasrat Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pas Kelantan serta syarikat miliknya, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). 

Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang sebelum ini mengadakan beberapa perhimpunan mendesak kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri ini menyifatkan langkah tersebut amat tepat kerana rakyat telah terseksa sejak sekian lama. 

Pengerusi Tukar, Kamaruddin Mohd. Kasim berkata, masalah bekalan air bersih itu bukan sahaja berlaku di Pasir Mas tetapi di seluruh negeri ini. 

“Kita menyokong penuh dan akan bersama dengan Ibrahim sekiranya beliau mahu membawa isu ini ke mahkamah kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan keseluruhannya. 

“Tukar juga menyeru rakyat negeri ini yang perlu membayar bil air yang tinggi biarpun yang keluar hanya angin untuk bersama-sama mengambil tindakan sama ada di mahkamah atau tribunal pengguna,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau mengulas amaran Ibrahim semalam supaya Kerajaan Pas Kelantan dan AKSB menyelesaikan segera masalah bekalan air bersih yang terputus sejak tiga hari lalu di sekitar daerah itu jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang. 

Amaran keras tersebut diberi selepas penduduk di kawasan berkenaan mengadu tiada bekalan air sejak tiga hari lalu malah ada kampung yang terputus bekalan air lebih lama. 

Sementara itu, Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, sudah tiba masanya rakyat Kelantan mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan Pas Kelantan yang sekian lama mengabaikan tanggungjawab mereka. 

“MTRK menyokong penuh usaha Ibrahim ini kerana di Pasir Mas sendiri sudah empat hari terputus bekalan air. 

“Memang wajar dan sudah sampai masanya rakyat Kelantan mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri kerana kehidupan mereka terjejas teruk,” katanya.

– Lidah Rasmi UMNO

Antaranya kepentingan air ialah:

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.