BOHONG!! KBS Tidak Pilih Bulu!!!

Respond KEPADA Editor bagi : kualalumpurpost
Editor dari kualelumporpost tu memang tongongkan diri dan layak dilabelkan tolol bila mana dakwaan bahawa Menteri Belia dan Sukan lebih menekankan bidang sukan dan mengabaikan sektor belia hanyalah satu persepsi semata-mata dan dengan hanya berpandukan kepada liputan akhbar dan media elektronik sahaja. Hakikatnya, dari segi peruntukan KBS menunjukkan bahawa 75% bajet atau pembiayaan digunakan untuk pembangunan “belia” berbanding 25% bagi “sukan”.

Di samping itu, peruntukan bagi pembangunan belia juga harus dilihat daripada peruntukan kerajaan keseluruhannya kepada lebih 12 kementerian dan agensi yang turut bertanggungjawab dalam pembangunan belia seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui program PLKN, dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Mengenai dakwaan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengabaikan golongan belia India, program-program yang dianjurkan oleh KBS adalah terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama dan ia sememangnya bermatlamatkan untuk membentuk integrasi antara kaum.

Pelbagai program komuniti telah dianjurkan seperti Program Sukarelawan Pasca Bencana dan Karnival Mesra 1 Belia 1 Felda. Program-program yang dianjurkan turut mendapat penglibatan daripada belia India antaranya Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang terdiri daripada beberapa orang wakil NGO India.

KBS juga sentiasa megambil langkah untuk kearah melahirkan belia yang aktif dalam kerja sukarela seperti dengan melaksanakan penubuhan One Malaysia Corps, yang akan menggabungkan usaha dan tenaga pelbagai kumpulan belia sukarelawan daripada pelbagai bangsa bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.One Malaysia Corps ini merupakan gabungan daripada anggota Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rakan Muda dan kumpulan-kumpulan sukarelawan yang lain.

Agensi-agensi dan pertubuhan yang disebut diatas turut disertai oleh pelbagai kaum di Malaysia.

Mengenai dakwaan bahawa KBS tidak tidak sanggup menolong ataupun memberi peruntukan yang disediakan oleh Perdana Menteri lebih dari RM70juta untuk NGO dibawah KBS dalam menangani permasalahan  belia India, berikut adalah senarai antara pertubuhan-pertubuhan belia India peringkat kebangsaan yang diberikan bantuan pentadbiran oleh KBS.
  • Majlis Belia Hindu Malaysia ( HYO ) – RM100,000
  • Kelab Bell Belia Tamil Malaysia ( KBBT ) – RM100,000
  • Pergerakan  Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) – RM80,000
  • Majlis Belia India Malaysia ( MIYC ) – RM80,000


Apa yang diterima ini hanyalah bantuan pentadbiran sahaja. Belum lagi peruntukan yang lain. Dan untuk makluman, bukan pertubuhan ini sahaja yang disertai oleh belia India, malah pelbagai lagi pertubuhan yang lain turut disertai oleh golongan belia India. Senarai ini hanyalah merupakan pertubuhan induk peringkat Kebangsaan. Yang penting, semua belia tidak mengira latar belakang kaum berpayung dibawah satu pertubuhan utama iaitu Majlis Belia MalaysiaPelbagai lagi program yang dianjurkan oleh KBS, dan kesemuanya langsung tidak menghadkan penyertaan untuk kaum tertentu sahaja.

Penulis sendiri sudah banyak kali terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KBS dan di peringkat pejabat belia daerah, belia-belia India juga turut menyertai aktiviti yang disertai oleh penulis. Malah mereka juga memegang pelbagai jawatan utama dalam sesebuah pertubuhan belia yang disertai oleh pelbagai kaum.

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang terletak dibawah KBS juga turut menerima kemasukan daripada belia India malah belia Cina juga turut memilih IKBN sebagai medium untuk mereka menyambung pengajian. Jadi adakah KBS meminggirkan golongan ini?

Dalam usaha membentuk golongan belia agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, KBS  telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mempersiapsiagakan belia sebagai pemimpin masa depan. Antara inisiatif terkini yang telah dilaksanakan oleh Kementerian adalah dengan mewujudkan Parlimen Belia Malaysia yang mana telah pun mengadakan persidangan percubaan kali pertama pada 10 Mei 2012 yang lepas.

Penyertaan ahli-ahli Parlimen ini turut terdiri daripada golongan belia India malah kaum Cina juga turut terlibat. Ini jelas menunjukkan bahawa KBS langsung tidak mengabaikan kaum India dalam penyertaan sesuatu program kerajaan. – SUARA GENERASI BARU
SUMBER – BAJEK 2013:
57. Kemudahan pinjaman secara mudah dan cepat sering kali menjadi kekangan kepada usahawan kecil terutama Bumiputera. Dengan tertubuhnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), usahawan kecil kini mampu memulakan dan memajukan lagi perniagaan mereka. Sehingga kini, TEKUN telah menyalurkan pinjaman sebanyak 2.24 bilion ringgit kepada 224,175 usahawan kecil di seluruh negara termasuk sejumlah 34.5 juta ringgit kepada 4,212 usahawan masyarakat India di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Bagi tahun 2013, Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak 350 juta ringgit, termasuk daripadanya 50 juta ringgit kepada masyarakat India.

70. Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*