Boleh tukar nama MALAYSIAKENATIPU


APAKAH MALAYSIAKINI DAN MALAYSIAN INSIDER BERBOHONG JUGA


Ahli akar umbi Pas gelisah, suarakan bantahan

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Ahli-ahli akar umbi Pas mula meluahkan perasaan tidak senang dan gelisah mereka ekoran kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang menyatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa dalam beragama termasuk orang Melayu.


Berikutan itu ada yang menghantar surat terbuka kepada Nurul Izzah mempersoal apakah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mahu mempersenda perjuangan Pas apabila sanggup mengeluar kenyataan sedemikian, sedangkan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mentakrif orang Melayu adalah Islam.

Selain mempersoal niat Nurul Izzah, penghantar surat yang hanya memperkenalkan diri sebagai Penggerak Pas Kawasan Gombak juga turut menyatakan kebimbangan mereka mengenai kesan kemarahan orang Melayu ekoran kenyataan tersebut khususnya kepada Pas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kenyataan Yang Berhormat memberi kerisauan tidak sedikit kepada kami. Apakah pendekatan ini yang hendak kita ambil? Biarkan orang memilih agama apa yang mereka mahu? Apa pula tugas kita sebagai pendakwah Islam? Apakah Yang Berhormat mahu mempersenda perjuangan kami dalam isu ini?

Apakah strategi pemikiran liberal ini akan menguntungkan kita? Apakah Yang Berhormat sedar kenyataan ini akan memberi kesukaran kepada Pas?” soal pemimpin akar umbi Pas Gombak tersebut kepada Nurul Izzah sebagaimana dipetik dari blog penyokongpas.wordpress.com.

Dalam pada itu, menerusi blog penyokongpas.wordpress.com juga beberapa ahli akar umbi Pas lain turut menyuarakan bantahan dan mempersoal tindakan segelintir penyokong pembangkang yang menyalahkan akhbar arus perdana, sedangkan kontroversi tersebut dicetus Nurul Izzah.

Bukan main ramai lagi yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel kepada ana (saya) mengatakan ana sudah terlalu mengikut rentak Utusan Malaysia dan Berita Harian. Ana nak jelaskan kenyataan Nurul Izzah ini terlebih dahulu dipetik dalam The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Apakah Malaysia Insider dan Malaysiakini berbohong juga? Ana tengok semula rakaman menerusi portal Antarapos.com dan Buletin Utama di TV3. Apa lagi yang kita nak pertahankan ni? Apakah menjadi dosa pula kalau ana mempertahan benda yang hak?” soal pengendali blog tersebut.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd


Boleh tukar nama MALAYSIAKENATIPU??
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*