BR1M: Awas Penipu Licik!!!!

Awas dan berhati-hati dengan penipuan BR1M, nampaknya semakin menular kisah BR1M nie, jangan sesekali terkena ataupun tertipu dengan BR1M yang nampaknya sudah ada sindikit BR1M tipu tidak seperti yang kerajaan Malaysia tengah buat 2 nd Round …


Di Pengkalan Pegoh harap semua orang kampung harap berhati-hati, terdapat dua orang lelaki yang seorang Cina dan seorang lagi India yang akan merayau merata kampung dengan pakaian kemas sepertimana seorang kakitangan jabatan kerajaan yang pergi kampung ke kampung untuk kononnya mencari mereka yang masih tidak dapat bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, 

Gambar Sekadar Booster!!

Seperti seorang kakitangan kerajaan yang akan mengisi borang untuk pemohon yang kita tentu maklum akan meminta kad pengenalan dan bertanya beberapa butiran sepertimana yang di isi kedalam borang BRIM yang biasa kita dimaklumkan disesi penerangan dan juga berdasarkan pengalaman sebelum ini terutama yang telah menerima bantuan sebelum ini

Kejadian terjadi di jalan Merbuk, Kg Pengkalan Pegoh yang teman rahsiakan alamat penuhnya, kebetulan mangsa duduk didalam rumah yang ber’grill’ ataupun berpagar jadi tidak timbul soal memberi kerjasama termasuk memberikan kad pengenalan serta beberapa dokumen Sebagai butiran untuk diselesaikan…
Akhirnya bila akhirnya mangsa mula lupa, bila pegawai tersebut akan meminta ambil gambar denga kamera yang sedia dibawa, masa inilah tektik mengena, ayat biasanya ‘Makcik… mana boleh dalam gambar nie nampak rantai emas, tak kan dia orang bagi sebab orang susah tak kan mampu ada rantai macam nie! jadi bila masa nie ler RANTAI KESAYANGAN pakat hilang dengan dengan pegawai kerajaan tadi

Jadi kita berpesan- pesan ler pada kengkawan terutama jika ada sedara mara terutama yang ada makcik atau pakcik yang dah tua duduk sorang-sorang dalam rumah.
CHECK PENDAFTARAN E-BR1M :
https://ebr1m.hasil.gov.my/

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*