BR1M Fatwa Mana Kali Ini?

Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung penerima BR1M secara jelas merupakan satu penghinaan terhadap rakyat yang menerima bantuan tersebut.

Jelas beliau, usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan pelbagai bentuk bantuan termasuk BR1M ini bukan saja cuba dimomokkan sebagai perbuatan rasuah dan sebagainya oleh Pas, malah hari ini kepimpinan tertinggi Pas menghina pula rakyat yang menerima bantuan tersebut.
“Mursyidul Am Pas kena ingat, beliau juga hulur duit ketika pilihan raya di Galas baru-baru ini. Kalau dia tak boleh nak bantu rakyat, janganlah kutuk atau hina rakyat yang ambil bantuan daripada kerajaan.
“Sudahlah Pas tidak pernah mengajar anak-anak buahnya untuk ucap terima kasih bila terima bantuan dan ini bila rakyat terima bantuan mereka dihina pula. Sepatutnya, kalau dah tak tahu nak ucap terima kasih, tak payahlah nak kutuk kerajaan atau rakyat yang menerima bantuan kerajaan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, Pas juga turut melakukan perkara yang sama iaitu menawarkan ganjaran kewangan seperti bantuan kepada rakyat melalui manifesto-manifesto pilihan raya mereka sebelum ini dan tidak pernah dibantah oleh beliau selaku pemimpin dalam Pas.
“Kalau Pas buat tawaran, kalau mereka yang bagi duit atau bantuan, semua halal belaka. Bagi mereka itu dianggap sebagai satu sedekah. Tetapi bila kerajaan BN bagi bantuan, bagi duit BR1M, bagi duit bantuan persekolah, itu semuanya rasuah, itu semua sogokan,” katanya.
Jelas beliau, inilah sikap kepimpinan Pas, yang sejak dari dulu apa cuba memberikan imej negatif terhadap apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan yang dianggap sebagai haram dan tidak berlandaskan syariat Islam, tetapi apa yang dilakukan oleh beliau dan kepimpinan serta ahli-ahlinya semuanya halal dan baik belaka.
“Inilah sikap dan pemahaman yang didoktrin oleh Pas terhadap ahli-ahli dan pengikutnya, dimana atau apa saja yang dilakukan oleh kerajaan semua tidak kena belaka. Semuanya yang kerajaan BN buat, semua bantuan yang diberikan kerajaan BN haram belaka, tetapi kalau mereka yang bantu, semua halal… entah fatwa dari mana ajaran Pas ini,” ujarnya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*