Bubar Parlimen Kuasa Mutlak Yang di-Pertuan Agong

Akhbar melaporkan yang mana pindaan harus dibuat dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk kementerian kesihatan menangguhkan pilihan raya atas alasan keselamatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Pada tahun 1988, kami (KKM) hanya melihat penyakit berjangkit di kawasan sekitari tetapi sekarang kami harus melihatnya pada skala nasional dan bahkan global. Kita perlu meminda dan menguatkan Akta untuk kegunaan masa depan.

“Kami telah mengemukakan cadangan untuk pindaan ke Jabatan Peguam Negara dan kami berharap mereka akan dikaji secepat mungkin.”

Noor Hisham mengatakan kementerian kesihatan saat ini tidak memiliki kuasa untuk membatalkan sebarang Pilihan Raya dan hanya dapat berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai menetapkan prosedur tertentu untuk Pilihan Raya yang akan datang.

“Kementerian memahami perlunya mengadakan Pilihan Raya sesuai dengan pelembagaan. Kita mesti melaksanakannya, walaubagaimanapun sekarang bukan waktu yang tepat, kita perlu melihat syarat syarat tidak ada perjalanan rentas antara-daerah atau rentas antara-negara, tidak ada kempen dan kunjungan dari rumah ke rumah. ” SUMBER FMT [30 Oktober 2020]

YDPA Tidak Mahu Parlimen Dibubarkan Pada Masa Ini.

Buat masa kini isyarat jelas daripada Titah YDPA pastinya tidak menerima sebarang cadangan pembubaran parlimen sepertimana dahulu krisis kepimpinan negara ini (pada 24 Feb 2020) yang mana Tun Mahathir telah meletakan jawatan Perdana Menteri akibat perbalahan parti parti gabungan Pakatan Harapan (PH) yang mendesak beliau dalam beberapa perkara yang beliau tidak mahu berkompromi dan beliau meletak jawatan. Akhirnya dengan kebijaksaan YDPA lah, Malaysia berjaya diselamatkan dari perbuatan Tun Mahathir itu.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum (kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu). Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

Seperti yang dicadangankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Noor Hisham. Beliau mahu Ketua Pengarah diberi kuasa (Melalui pindaan akta 432) untuk beliau menangguh atau menolak cadangan bagi melaksanakan Pilihan Raya (Pilihan Raya Umum ataupun Pilihan Raya Kecil). Jika akta ini dipinda ia tetap tidak boleh mengatasi Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:

(Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen)

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.

(5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen.

(6) (Dimansuhkan).

(7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4) atau Fasal (4A) Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.

Kuasa mutlak YDPA

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN