Budak Kelatan Berhijrah?! [Video]

 Lebih 500,000 rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia akibat kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Pas menyediakan peluang pekerjaan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat Kelantan mahu melihat perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

”Sambutan menggalakkan oleh rakyat Kelantan dalam program-program anjuran Barisan Nasional (BN) baru-baru ini membuktikan mereka ingin BN membawa perubahan untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

”Kita juga mahu memastikan generasi akan datang terus mengecapi keamanan dan kemakmuran,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menjanjikan kejutan besar kepada Najib dengan kejayaan BN menawan Kelantan dan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau, rakyat semakin bosan dengan kegagalan kerajaan Pas Kelantan menguruskan negeri dengan baik dan mereka juga mahu memastikan tanah-tanah di negeri itu dimiliki oleh orang Kelantan.
”Kita mahu menawan semula Kelantan dan pada masa sama, kita mempertahankan Putrajaya. Hari ini kita mahu menyatakan kebangkitan rakyat Kelantan dan memberikan komitmen kepada Perdana Menteri untuk terus berjuang bersama beliau,” ujarnya.

 
Turut difilemkan juga kisah anak-anak kelantan diperantauan
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله

.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*