Bukan Rasis.. Suruh Pengundi ‘Skrew’ Bangsa-Bangsa Tertentu Ketika Berkempen? – Najib Razak

DAP sebuah parti yang membelakangkan undang undang terutama bila berkuasa 22 bulan dahulu. Seandainya ada dikalangan ahlinya mengeluarkan melanggar peraturan, mengeluarkan kata kata perkauman/provokasi, mengambil rasuah dan pecah amanah (Termasuk kes rogol pembantu rumah indonesia) pasti mereka akan dipertahankan dan tidak diambil tindakan disiplin.

Oleh yang demikian rata rata ahli dan pemimpin Parti ‘Rasuah dan perkauman No. 1 di Malaysia’ ini pasti akan mempertahankan ahlinya yang melanggar undang undang dan tatasusila cara hidup di negara yang berbilang bangsa dan agama ini.

DAP sepatutnya diharamkan kerana mereka bukan mahu memerintah negara ini dengan baik akan tetapi mereka mahu memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sering bermain dengan kata kata perkauman. Seandainya provokasi itu dibalas, mereka akan mendakwa lawannya adalah Rasis (Playing victim).

Perkara ini turut dibangkitkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak sebentar tadi di laman rasmi Facebook-nya yang mempersoalkan tindakan Kit Siang mempertahankan Hew Kuan Yau yang suka melontarkan kata kata perkauman melampau.

“Sebenarnya saya dah lama nak tanya Lim Kit Siang tentang isu sensitif ini. Semasa memberi ceramah dalam bahasa Cina untuk pilihanraya Sarawak dahulu, Superman Hew Kuan Yau pernah suruh pengundi Cina mengundi calon Melayu supaya dia boleh skrew orang Melayu sendiri.”

“Bila Kit Siang ditanya wartawan, dia kata tiada tindakan disiplin perlu diambil terhadap Hew kerana bahasa Hew cuma kesat sedikit tetapi tidak bersifat perkauman.”

Bahasanya kesat tapi bukan rasis, kata Kit Siang

“Maka, soalan kepada Kit Siang ialah adakah ianya bersifat perkauman jika ada pihak lain mengeluarkan kenyataan suruh pengundi skrew bangsa-bangsa tertentu ketika berkempen?” Soal DS Najib Razak