Bukan Tarik Diri : UFB

Sebelum ini riuh apabila Ustaz Dr Asri tweet mengatakan Ustaz Fathul Bari menarik diri daripada menghadiri dialog bersama Datuk Dr Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis yang berlangsung hari ini di PWTC.




Rupa-rupanya bukan tarik diri tetapi Fathul Bari telah menerima jemputan lain di masa yang sama.


Sila baca :

Dalam kiriman sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Fathul Bari menjelaskan berlaku salah komunikasi antara penganjur dengan pihak menguruskan jadualnya menyebabkan tidak dapat hadir pada dialog malam ini.


“Saya tidak menarik diri.

“Sebaliknya berlaku salah komunikasi antara pihak penganjur dengan sahabat yang menguruskn jadual saya,” kata Fathul Bari.

Menurut Fathul Bari lagi, ekoran berlaku salah komunikasi tersebut menyebabkan beliau telah menerima jemputan program untuk bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiaannya terpaksa bergegas menghadiri satu lagi program di Universiti Utara Malaysia pada sebelah malamnya.

“Akibat salah komunikasi itu menyebabkan saya menerima jemputan program dengan Dr Mahathir di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdudl Halim dan pada sebelah malamnya pula menghadiri satu lagi program di UUM,” terang beliau lagi.

Sumber:  MI

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*