Bukti Anwar Tandatangan Deklarasi Annapolis Summit!

ANDA NILAIKAN SENDIRI…DI MANA ANWAR IBRAHIM TELAH MENANDATANGANI ANNAPOLIS SUMMIT DAN KLIK LINK DI BAWAH SBG BUKTI…INI BKN DR UMNO,INI ADALAH ANNAPOLIS SUMMIT YG DI ANJURKAN YAHUDI BG MENGHALALKAN PENJAJAHAN ISRAEL KE ATAS PALESTINE…

ANWAR TELAH MENGHALALKANNYA ISRAEL MENJAJAH PALESTINE…!!!
APA YANG ANDA PERLU TAHU DAN PERSOALANNYA
( BUKTI ANWAR MENANDATANGANI ANNAPOLIS SUMMIT )
Persoalan :
1. Anwar Ibrahim mewakili kepentingan pihak mana dalam menandatangani surat ‘sokongan’ deklarasi Annapolis Summit itu ? Kepentingan Kerajaan AMERIKA atau Negara ISLAM ?
2. Atas kapasiti apa Anwar tandatangani surat itu ? Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR), Ahli kehormat International Crisis Group (ICJ), United States Middle East Project (USMEP)atau bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ?
3. Dengan persetujuan menurunkan tandatangan deklarasi itu, bermakna Anwar telah mengiktiraf kewujudan NEGARA ISRAEL sebagai sebuah negara yang SAH ?
4. Kenapa majoriti yang menandatangani deklarasi itu terdiri daripada tokoh-tokoh Amerika yang bukan beragama Islam ? Hanya Anwar dan 4 lain beragama Islam sedangkan 77 orang pula bukan beragama Islam ?
5. Kenapa deklarasi sokongan Annapolis Summit diketuai 8 tokoh yang berpengaruh di Amerika iaitu Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker, Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C Sorenson dan Paul Volcker?
6. Kenapa nama Anwar dimasukkan sebagai senarai kedua bersama tokoh-tokoh badan perisikan, penajaan dan ejen iaitu Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Central Intelligence Agency (CIA), United States Agency for International Development (USAID), National Democratic Institute (NDI), United States Middle East Project (USMEP), The New American Foundation, Brookings Institution, Open Society Institute, National Intelligence Council, RAND Corporation dan National Security Council ?
7. Adakah badan-badan perisikan, penajaan dan ejen seperti yang disenaraikan di atas sebelum ini pernah terlibat secara langsung (overt) dan tidak langsung (covert) ke atas negara-negara Islam ?
8. Kenapa pula negara Syria dan HAMAS serta majoriti penduduk Palestin menentang ‘pelan damai’ itu yang dianggap sebagai sangat menguntungkan Israel ?
9. Benarkah dakwaan HAMAS mengatakan Ayatollah Sayed Ali Khamenei (Iran) tidak bersetuju dengan Annapolis Summit dan menyeru dunia Arab memboikotnya.
10. Benarkah Anwar bersama empat orang Islam itu sangat pro-Amerika hingga sanggup membelakangkan kepentingan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin yang beragama Islam?
11. Betulkah dakwaan laman web Moon of Alabama menuduh yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar, (Foundation For The Future)merupakan grand design Amerika untuk bantu bekalkan senjata kepada kumpulan ABBAS (FATAH) menentang kumpulan HAMAS ?
Kumpulan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin menolak ‘pelan damai’ Annapolis Summit
12. Kalau tuduhan laman web Moon of Alabama tidak benar, kenapakah STEVEN CLEMONS,(salah seorang penandatangan surat deklarasi Annapolis Summit 2007) dalam The Washington Note mengesahkan Foundation For The Future merupakan tajaan AMERIKA menjalankan operasi misteri yang hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika ?
13. Kalau Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICJ)yang dipegang oleh Anwar sekarang ini juga merupakan ‘tajaan’ AMERIKA ?
14. Bukankah usaha AMERIKA ‘mendamaikan’ antara Ehud Olmert (Israel) dan Abbas (Palestin)sebagai usaha untuk menafikan kemenangan kumpulan HAMAS yang pernah memenangi pilihanraya Palestin sebelum ini ?.
15. Bukankah ‘perjanjian damai’ antara Israel dan kumpulan Abbas bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati kumpulan HAMAS kepada Abbas ?
16. Apakah bermaksud, dengan termenterai perjanjian ini, Israel boleh cuci tangan kerana peperangan akan terus berlarutan sesama Islam iaitu antara HAMAS dan FATAH.
17. Kalau begitu, betulkah dakwaan mengatakan “Abbas” merupakan Presiden Palestin, BONEKA Israel dan Amerika ?
18. Betulkah dakwaan Ahmadinejad, Presiden Iran mengatakan Annapolis Summit merupakan projek Amerika yang gagal dan sangat bahaya kepada dunia Islam ?
19. Kalau benar, Israel sudah mula ‘angkat bendera putih’ dan mahu berdamai dengan negara-negara Islam, kenapakah Israel hasut Amerika supaya serang Iran yang didakwa mempunyai senjata nuklear?
20. Jadi, apa sebenarnya KONSPIRASI di sebalik tabir sedang dimainkan oleh Amerika, Israel dan Anwar Ibrahim yang turut membawa imejnya sebagai “Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia”?
*Gua klik kat link tapi dah dihapuskan..jeng jeng jeng….
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*