Bukti DAP bersikap Pilih Kasih Di Pulau Pinang

Tempoh lima tahun dalam pentadbiran DAP yang berkerajaan di Pulau Pinang dianggap sebagai satu masa terbuang dan sia-sia kerana tidak ada sebarang peningkatan dan kemajuan yang dibawa untuk keseluruhan rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang berkongsi suara hati masyarakat di negeri terbabit.

Katanya, berdasarkan pelbagai isu semasa yang berlaku dalam kerajaan Pulau Pinang maka terdapat arus kesedaran di kalangan masyarakat di mana mereka merasakan tempoh selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu hingga kini dianggap seperti masa terbuang yang sia-sia.

“Orang ramai melahirkan rasa terkilan atas apa yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang mana masyarakat tidak dapat menikmati pembangunan secara menyeluruh sebaliknya ia hanya bertumpu untuk golongan mewah dengan kemajuan dapat dilihat di kawasan lereng-lereng bukit sahaja,” katanya kepada UMNO-Online.
Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa kesungguhan BN bagi mendekati masyarakat direalisasikan melalui Program Serentak di Semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang turut disertai oleh kepimpinan UMNO dan ADUN di negeri terbabit.
“Program tersebut juga dilaksanakan sebagai alternatif kita bagi melihat sejauh manakah kesiapsiagaan jentera parti di semua peringkat yang berdepan dengan cabaran besar dalam PRU akan datang,” katanya yang turut turun padang bersama-sama dalam program terbabit yang bermula di Balik Pulau Ahad lalu.
Tegasnya, melalui program terbabit setiap pemimpin yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian, Ahli Parlimen dan ADUN di Pulau Pinang telah berkampung di Balik Pulau bagi menggempur kawasan Parlimen tersebut yang terdiri dari empat DUN.
“Kesungguhan untuk melihat bahawa BN mendapat mandat di negeri ini telah diaplikasikan melalui gerak kerja turun padang yang akan berlangsung berterusan sehinggalah tarikh PRU diumumkan dengan pendekatannya melibatkan semua peringkat termasuklah ke PDM.
“Di Balik Pulau ini misalnya terdapat 22 PDM yang dilawati dengan melibatkan semua kepimpinan parti sama ada diketuai oleh ketua bahagian atau ADUN yang mana d kalangan mereka akan turut serta anggota jenteranya dalam usaha memastikan setiap PDM yang ada bergerak aktif dan berada dalam keadaan mantap.”
Ujarnya, selain mendapatkan taklimat dari bilik-bilik gerakan yang dilawati, perjumpaan bersama jentera tempatan juga dibuat dengan gerakan serampang dua mata iaitu turut mengadakan ‘walk about’ bertemu para penduduk tempatan dalam suasana santai serta menyelami permasalahan mereka.
“Melalui program ini juga, kita telah berkesempatan menyampaikan bantuan secara terus kepada golongan yang tidak bernasib baik dan uzur serta mengadakan perbincangan dua hala selain meklumbalas berkaitan kehendak dan keperluan masyarakat.
“Rata-rata masyarakat yang ditemui melahirkan rasa kesal terhadap kepimpinan kerajaan negeri lantas mereka berjanji untuk memberikan sokongan kepada BN pada PRU akan datang bagi memastikan Pulau Pinang berada bersama-sama kerajaan Persekutuan dalam landasan menuju Wawasan 2020 nanti.”
Tambah beliau, biarpun PDM yang ada telah bersedia tetapi masih terdapat ruang yang dapat diperbaiki dan dipertingkat sebelum tarikh PRU ke-13 diumumkan kelak

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*