Calon PKR Report Polis

Kepincangan PAS dan PKR tidak boleh disorok lagi sehinggakan Hadi sanggup berpatah arang dengan PKR demi perebutan kuasa. Tindakkan Hadi ini sesuatu yang tidak dijangka oleh PKR dan situasi ini memang memburukkan lagi keadaan terutamanya Anwar?!

Dituduh jual pil kuda, bekas calon PKR buat laporan polis

Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan yang dibuat oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu berhubung sebuah blog yang didakwa memfitnahnya menjual pil kuda.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan yang dihubungi enggan mendedahkan individu yang membuat laporan berkenaan.
Katanya, pihak polis telah merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.
“Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Chukai, Kemaman dan pengadu memaklumkan beliau menyedari tentang fitnah di laman blog berkenaan pada hari yang sama beliau membuat laporan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Isnin lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu mendakwa beliau mempunyai maklumat ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.
Abdul Hadi dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar ‘syaitan-syaitan’ tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. – Sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*