Cara Istimewa Ramly Zahari Wajar Dicontohi

Sebentar tadi penulis diberitakan kehadiran Mantan ADUN Manong Dato Ramly Zahari hadir meraikan 320 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Majlis yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Manong, Kuala Kangsar, Perak. 


Beliau masih kekal menjalankan aktiviti bersama rakyat walaupun kita sedia maklum pada PRU13 Barisan Nasional meletakkan muka baru di DUN Manong menggantikan beliau, ini adalah satu model seorang pemimpin yang sentiasa menyokong kepentingan parti dan kerajaan.
Desas desus yang menceritakan beliau bakal merajuk dan membelakangkan parti adalah mainan suara-suara pembangkang kononnya beliau akan memboikot parti kerana tidak dicalonkan semula!

Sinar Harian Menulis: 
TINGGAL dalam kawasan iaitu di Kuala Kangsar menjadi rahsia Adun Manong, Datuk Ramly Zahari rapat dengan rakyat sejak dari awal perkhidmatannya sebagai wakil rakyat yang kini mencecah empat penggal.

Menurut Ramly, rahsia itu juga yang menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan beberapa agenda khususnya dari segi pembangunan di Dun Manong.

“Sejak hari pertama bertanding, saya nekad tinggal di Kuala Kangsar. Bagi saya, tidak adil untuk saya tinggal di luar kawasan sedangkan niat serta jiwa adalah untuk benar-benar membantu rakyat di sini.

“Malah, saya melepaskan jawatan sebagai pegawai tadbir diplomatik (PTD) pada 1993 tanpa menerima wang pencen walau satu sen,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramly telah mula berkhidmat sebagai Adun Manong pada 1995 dan sejak itu, beliau telah membawa pelbagai pembaharuan dari segi pembangunan dan ekonomi, termasuk kesejahteraan penduduk.

Usaha beliau yang paling ketara dapat dilihat menerusi pelaksanaan beberapa agenda meningkatkan pendapatan rakyat sekitar kawasan Manong melalui program-program pembangunan ladang demi membantu menambahkan pendapatan rakyat, selain melengkapkan pelbagai kemudahan serta infrastruktur.

Beliau juga berusaha bersungguh-sungguh membantu Majlis Daerah Kuala Kangsar menangani masalah kemiskinan serta setinggan di sekitar Dun Manong dan hasil kerjasama berkenaan telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di kawasan berkenaan ke tahap paling minima.

“Dalam apa juga agenda, khususnya pembangunan, kita akan sentiasa pastikan ia mendahului kepentingan rakyat.

“Saya juga sedang bertungkus lumus memastikan Program Infra anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) serta Institut Latihan Islam Utara Malaysia, melibatkan empat negeri, iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, sebuah jambatan bakal dibina di Manong dalam memastikan segala kerja-kerja pembinaan Pusat Latihan Kejururawatan Kanan Kebangsaan dilaksanakan di kawasan itu.

Katanya, biarpun projek pembinaan itu terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu, beliau tetap mahu memastikan ia menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Exco Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri itu turut menasihatkan orang ramai agar membuat penilaian teliti sebelum memilih calon pada PRU13.

Katanya, perkara berkenaan sangat penting bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar boleh ‘bekerja’ khususnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Sempena PRU13, saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu pengundi membuat pilihan tepat ketika mengundi dan bukan mengambil kira ‘faktor calon.’

“Maksudnya, calon yang disukai oleh pihak-pihak tertentu atau apa yang kita sebut ‘orang dia.’

“Bagai mereka kalau bukan calon yang dia suka, dia takkan pilih. Seeloknya jangan ikut cara itu. Sebaiknya pilih calon yang ditentukan pimpinan,” kata Ramly lagi.

Sementara itu Ramly menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang penilaian terhadap prestasinya menjelang PRU13.

“Sekiranya penilaian mengatakan saya masih boleh berkhidmat, maka saya akan teruskan tanpa mengira sama ada di peringkat parlimen atau negeri. Namun jika penilaian medapati saya tidak boleh lagi berkhidmat serta menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat mahupun parti, saya terima secara terbuka,” katanya.

Syabas Dato Ramly Zahari, HIDUP BARISAN NASIONAL!!!!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*