Cara Politik Golongan Politik Berserban

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan BRIM kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.


Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan “PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama” untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.
Inilah beza antara PAS dan UMNO. Jelas PAS memang memperalatkan ilmu agama untuk memperolehi kuasa.

Pemberian BRIM oleh kerajaan persekutuan adalah sebahagian dari program kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah tanpa mengira siapa.

Jika setiap dasar dan program kerajaan membantu rakyat dianggap bertujuan untuk menarik sokongan, maka kerajaan tidak perlu melakukan apa-apa.

Patutlah PAS Kelantan tidak berbuat apa-apa pun sepanjang 23 tahun pemerintahannya. Mungkin langkah PAS tidak membuat apa-apa perancangan untuk rakyat Kelantan bertujuan mengelak dari dituduh merasuah rakyat.

Pemberian pelbagai subsidi lebih 30 Billion sebelum dikurangkan oleh kerajaan pusat kepada 16 billion kepada nelayan dan petani serta pengguna dalam pelbagai sektor selama ini adakah untuk merasuah rakyat bagi tujuan mendapat sokongan?

Adakah pembangunan prasarana pendidikan seperti sekolah dan universiti selama ini bertujuan untuk menggula-gulakan murid-murid dan mahasiswa agar mereka menyokong kerajaan?
Adakah pembangunan prasarana pendidikan seperti sekolah dan universiti selama ini bertujuan untuk menggula-gulakan murid-murid dan mahasiswa agar mereka menyokong kerajaan?


Bukankah semua ini merupajan pertanggungjawaban sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab? Kerajaan boleh untuk tidak melakukan apa-apa untuk rakyat seperti pendekatan yang selama ini diamalkan oleh kerajaan PAS Kelantan.
Kerajaan pusat boleh saja menggunakan segala hasil kekayaan negara hanya untuk menarik sokongan rakyat melalui penggunaan ilmu agama sepertimana kerajaan Kelantan.
Mengupah para ustaz dan alim ulamak menggunakan ilmu agama yang mereka miliki untuk menarik sokongan rakyat.
Tapi kenapa kerajaan pusat harus menurut apa saja “langkah kebelakang” yang dilakukan oleh PAS Kelantan walaupun langkah yang diambil oleh PAS dalam mengekalkan kuasa di Kelantan jelas memperalatkan agama dengan cara merasuah rakyat dengan ilmu agama bagi tujuan menarik sokongan?
Kenapa pelan pembangunan kerajaan pusat yang jauh lebih advance berbanding dengan pelan pembangunan Kelantan harus menghentikan segala perancangannya untuk rakyat, semata-mata kerana mahu mengikut kebodohan rancangan pembangunan PAS Kelantan?
Apakah Dato Nik Aziz mahu kerajaan pusat menjadi seperti ayam dan itik, menurut saja cara cara PAS walaupun terbukti cara itu lebih “kebangang-bangangan”?
Penyokong PAS harus faham dan harus belajar bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik agar tidak mudah diperbodohkan oleh para pemimpinnya yang memperalatkan ilmu agama untuk melembutkan hati mereka agar terus menyokong PAS.
Program BRIM adalah sebahagian dari langkah alternatif kerajaan bagi menggantikan kaedah pemberian dalam bentuk subsidi yang turut dinikmati oleh golongan kaya yang tidak layak sama sekali menikmati subsidi.
Pemberian dalam bentuk subsidi lebih menguntungkan golongan pengilang, pemborong serta pengedar, dan tidak sepenuhnya sampai kepada pengguna atau rakyat yang memerlukan.
Apabila kerajaan bertindak “mentransformasi” program subsidi kepada BRIM, ia jelas lebih menguntungkan rakyat dan sampai ke sasaran sebenar. Rakyat mendapat kebebasan untuk berbelanja secara langsung mengikut keperluan sebenar keluarga mereka.
Tidakkah kaedah ini lebih genius dan bertanggungjawab dari kaedah pemberian subsidi?
Isu-isu sebegini amat sukar untuk dimengerti oleh golongan politik berserban!!
Kamarulzaman Kamdias

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*