China Cuba Hancurkan Amerika Syarikat #COVID19

Itulah yang mahu Barat gambarkan hari ini kepada China yang sedang dalam pemulihan dari wabak Koronavirus atau COVID-19

Negara-negara Asia lebih menerima ‘diplomasi’ dengan China

Dalam China sedang memulihkan negara mereka dari ‘kerosakan’ akibat pandemic CoV-19, Negara Barat dan sekutunya telah membuat beberapa tekanan terhadap China. Seperti yang dilaporkan sebelum ini dalam laporan ini : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/12/ambil-peluang-tarik-syarikat-jepun-keluar-dari-china-kata-pakar/

Apa yang diperrkatakan oleh pakar itu adalah sesuatu yang perlu diambil peluang lantaran Jepun akan menempatkan banyak syarikat negara itu diluar China.

Walaubagaimanapun China dilihat jauh lebih dihadapan kerana secara senyap-senyap telah mendapat tempat di negara negara Asia seperti yang dinyatakan dalam pertemuan khas secara Online oleh Perdana Menteri China Li Keqiang telah bercakap dengan pemimpin Asean semasa sidang kemuncak maya pada hari Selasa lalu. https://asean.org/joint-statement-special-asean-plus-three-summit-coronavirus-disease-2019-covid-19/

Dalam pertemuan itu China telah membincangkan pengalaman negaranya dalam memerangi penyakit ini dan menghidupkan semula ekonomi yang terdiri daripada para pemimpin negara dalam Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Jepun dan Korea Selatan.

Pasukan pakar virus dan sumbangan bekalan perubatan sangat disambut baik oleh negara negara jiran China.

 

China perlu memperbaiki hubungan antarabangsa negaranya setelah menangani wabak koronavirus CoV-19 ini meskipun hari ini Negara Barat dan sekutunya hanya ‘pandai’ mendakwa China berlandaskan teori semata mata dan bermain dengan sentimen yang tidak memberi manfaat kepada seluruh umat manusia.

Covid-19 adalah krisis kesihatan yang dilihat berjaya ditangani oleh China akan tetapi Barat masih ragu ragu terhadap kemampuan China.

Pasukan pakar China telah dihantar ke Kemboja, Filipina, Myanmar, Pakistan dan Malaysia, untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan pengetahuan mereka dari situasi yang dialami negara ibupetiwinya. Kedutaan Besar China di Malaysia menyumbangkan pelbagai bekalan perubatan kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi dan sebagai perlindungan kepada barisan hadapan yang sangat terdedah kepada wabak COVID-19. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670445/kerajaan-china-sumbang-bekalan-perubatan

China juga telah menyumbangkan bantuan perubatan seperti pengiriman topeng perubatan dan ventilator (alat bantuan pernafasan) ke negara-negara yang amat memerlukan. Dan walaupun terdapat beberapa peralatan gagal memenuhi standard kualiti NEGARA BARAT. Dalam keadaan kita dilanda wabak ini adalah tidak masuk akal untuk memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Apa yang Barat sumbang untuk Asia? Topeng muka?

Yang Amerika buat adalah mencari ruang untuk menyelit masuk ke Korea Utara kerana didakwa kekurangan aktiviti ketenteraan yang ketara, kata Jeneral Robert Abrams, Panglima Angkatan Tentera AS di Korea Selatan.

 

Banyak ahli politik Barat secara terbuka mempersoalkan China dalam menangani krisis ini, tetapi tidak bagi pemimpin Asia – termasuk Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe – enggan tidak menyalahkan pemerintah China, sementara mereka mengakui kegagalan sendiri menutup negara mereka daripada serangan wabak ini.

Mungkin kerana mereka sebelum ini percaya kata kata Donald Thump yang tersalah tafsir akan kemampuan CoV19 ini sehinggakan hari ini Amerika Syarikat telah terjejas teruk dengan jumlah kes terkini 695,353 kes. Malah US terus bermain politik dengan sandiwara Thump https://www.hmetro.com.my/global/2020/04/568487/china-bakal-berdepan-tindakan-jika

US penah mahu mengaku mereka silap? Tidak, mereka hanya menuduh China sebagai punca wabak ini tanpa bukti dan fakta yang kukuh. Ya, Sehingga hari ini tidak ada! Malahan…

COVID-19: Trump ugut potong dana kepada WHO
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/674394/covid-19-trump-ugut-potong-dana-kepada-who

Secara peribadi admin tidak berat sebelum kepada mana mana pihak, mungkin esok admin akan tulis pandangan admin terhadap China.