Monday, November 18, 2019

China Tidak Letak Had Beli Minyat Sawit – Najib Razak

Saya dihantar gambar ini yang dikatakan dari parjanjian MOU minggu lepas di mana negara China berjanji untuk membeli 1.9 juta tan minyak sawit dari kita dalam tempoh lima tahun akan datang.

Rupa-rupanya, MOU itu adalah berdasarkan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan BN semasa saya PM pada tahun 2015.

Tetapi pelik juga kerana masa kita berunding, kerajaan China tidak pernah meletakkan had untuk import minyak sawit dari kita seperti yang dilaporkan dalam laporan media bulan Februari 2018 ini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/384089/minyak-sawit-mpob-gembira-keputusan-china

Masa itu juga, negara Perancis telah berjanji dengan kita bahawa mereka tidak akan boikot minyak sawit kita tetapi selepas PRU14, Perancis merupakan antara negara pertama yang mahu halang minyak sawit Malaysia.

Saya diberitahu bahawa muka surat MOU yang saya lampirkan di sini adalah dari link ini:
https://www.malaysia-today.net/2019/04/26/najib-punya-susu-mahathir-dapat-nama/

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Saya minta penjelasan dari kerajaan PH jika dokumen MOU yang terbongkar di atas adalah sahih atau sebaliknya.

– Najib Razak