Cubaan Anwar Bunuh Burung Dengan Sebiji Batu

Sejak menang di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak henti-henti berkempen untuk menakluki Putrajaya pula.

Langkah terbesarnya ialah untuk mendapat tempat dalam Dewan Rakyat. Maka isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh sebanyak tiga kali terpaksa meletak jawatan.

Ini bagi mengizinkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil. Bagaimanapun agar senang Anwar menumpukan perhatian pada percaturan politik, Wan Azizah terus memegang jawatan Presiden PKR.

Langkah kedua Anwar ialah menggemparkan negara dengan janji bahawa menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2008, satu lembaran baru politik Malaysia akan terurai.


Anwar semai harapan jadikan BN parti pembangkang negara

Anwar melambung harapan rakyat bahawa buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, Barisan Nasional (BN) yang mewarisi gabungan parti Perikatan akan menjadi parti pembangkang negara.

Selesai sambutan hari Malaysia tahun itu, harapan yang disemai Anwar tidak menjadi kenyataan.

Namun kesilapan perhitungan itu tidak melunturkan semangat Anwar malah beliau menjadi semakin agresif. Sejak itu Anwar tidak pernah diam. Beliau menjelajah ke seluruh pelosok tanah air.

Tanpa mengira siang atau malam, Anwar mengerahkan segala kudrat untuk menjadikan impiannya satu kenyataan.

Di selang seli dengan pelbagai perbicaraan mahkamah, Anwar berusaha untuk meraih simpati rakyat betapa beliau difitnah.


Anwar terus berikhtiar satukan DAP, PAS dan PKR

Sisa hayatnya diisi dengan pelbagai strategi politik yang memang menjadi kepakarannya. Sejak itu Anwar menghabiskan masa berikhtiar bagaimana menyatukan DAP, PAS dan PKR untuk menjadi angkatan politik yang ampuh.

Belajar daripada strategi 16 September 2008 yang gagal, Anwar akur bahawa beliau tidak boleh berharap pada ehsan saki baki wakil rakyat BN yang tidak setia untuk menguatkan angkatan yang dipimpinnya.

Justeru Anwar tidak pernah melepaskan peluang untuk menyebarkan jenama politik perubahannya. Setiap ceramah, wawancara dan dialog akan disertainya.

Tema besar kempennya ialah gabungan PAS, DAP dan PKR akan mengambil alih pemerintahan negara selepas PRU ke-13. Untuk itu Anwar menggembar-gemburkan betapa bertoleransi pakatannya.


Kesaksamaan dan tolak ansur adalah kekuatan PR

Sikap memberi dan menerima digambarkan sebagai teras Pakatan. Pemimpin-pemimpin PAS dan DAP juga terikut-ikut rentak Anwar bahawa kesaksamaan dan tolak ansur kononnya adalah kekuatan angkatannya.

DAP bersedia bekerjasama dengan PKR dan PAS untuk menghantar mesej bahawa ia bukan parti cauvinis Cina. PAS pula sedia berkongsi platform politik dengan DAP dan PKR untuk membina persepsi bahawa PAS bukan untuk orang Melayu dan Islam sahaja.

Sementara PKR pula berbaik dengan DAP dan PAS untuk menghunjam kepercayaan rakyat bahawa ia adalah peneraju gerakan politik yang sederhana, tidak perkauman dan adil.


Anwar terkasima PAS dan DAP tiba-tiba bertukar warna politik

Bagaimanapun tamak haloba politik, iri hati, dendam serta perkauman DAP, PAS dan PKR kini terserlah. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, Anwar Ibrahim terpaksa menukar corak kempennya.

Daripada mengambil bahagian dalam siri ceramah yang berapi-api bersama PAS dan DAP, Anwar terpaksa berkubu dalam bilik mesyuarat PKR. Anwar perlu mencari jawapan mengapa tiba-tiba DAP dan PAS tiba-tiba bertukar warna politik. Strategi yang dilakar bersama selama lima tahun dibuang begitu sahaja.

Masing-masing mahu suara dan kehendak mereka dipenuhi. PAS mahu tambah kerusi Parlimen. DAP mahu berebut kerusi Parlimen dan negeri dengan PKR. Semuanya bercempera.

Sayugia diingat untuk menjadi “broker politik” Anwar banyak menabur janji baik pada PAS mahupun DAP serta ahli-ahli PKR sendiri. Kini apabila tiba saat menentukan calon gabungan PKR, PAS dan DAP, masing–masing menuntut hak yang dijanjikan Anwar.


Anwar dan Azmin bertelagah

Dalam minggu ini sahaja Anwar terpaksa tidak hadir dua ceramah penting di Segamat dan Kuala Lumpur. Kisah Anwar bertelagah dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan satu rahsia lagi.

Esok, 20 April 2013 ialah Hari Penamaan Calon. Anwar masih dibelit masalah bertolak ansur dengan PAS dan DAP. Baru Anwar sedar bahawa kedua-duanya tidak boleh dipercayai.

Sungguhpun ketiga-tiganya masih berjarak 16 hari lagi hari mengundi dan kemungkinan memerintah Malaysia, masing-masing mulai tunjuk belang dan ketidak-telusan dalam kerjasama.

Curiga mencurigai adalah nilai dan warna sebenar perkongsian PKR, PAS dan DAP. Pusar kecurigaan, malangnya, ialah Anwar Ibrahim yang masih tidak belajar dari falsafah bahawa “manusia tidak boleh menipu semua orang dalam satu masa”. – anwaraidc.com

Batu Pelir kau :))




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*