Cubaan Cetus Situasi Anarki Di Filipina?!

Demonstrasi aman yang agak ganas dan tidak bertamadun dilakukan oleh segelintir rakyat Filipina, tidak menjejaskan hubungan baik 2 hala diantara Malaysia-Filipina, Apa yang kita sedia maklum kita bukan berperang dengan Filipina tetapi kita bertempur dengan penceroboh yang mendakwa mereka adalah ASKAR TENTERA SULTAN SULU yang mana terang-terangan ia bukan membawa suara dari negara filipina, Dalam kejadian ini ada pihak yang cuba memporak perandakan negara Malaysia dan mencetuskan suasani ANARKI di seluruh Malaysia ataupun Filipina. – daeng
Kedutaan Malaysia di Manila ditutup ekoran serangan oleh pasukan tentera negara awal pagi tadi ke atas pengganas Sulu yang menceroboh Sabah. Kedutaan negara di Manila ditutup jam 7 pagi tadi, sebaik sahaja serangan ke atas penceroboh warga Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu, di lapor.

Kira-kira 100 rakyat Filipina berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka dengan dipantau oleh kira-kira 50 anggota polis memantau keadaan.


Kumpulan tersebut dilapor membakar gambar besar Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang berjabat tangan, lapor oleh Radio DZMM dalam laman ABS-CBNnews.com yang turut memaparkan klip video pendek di dalam laman mereka.

Saluran radio tersebut berkata bantahan tersebut berpunca dari ketidakpuashatian ke atas kerajaan Filipina kerana tidak mengambil pendirian dalam membuat tuntutan keatas Sabah. Bantahan jalanan tersebut berakhir selepas sejam setengah. – suara13

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*