Cukai Petak lagi mahal dari Cukai Tanah

Cukai Petak ganti Cukai Tanah di Wilayah Persekutuan tahun depan – Khalid Samad

Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan Sistem Cukai Petak bagi menggantikan Sistem Cukai Tanah bermula 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Khalid Samad, berkata sebelum ini ia sudah diguna pakai di Selangor manakala Pulau Pinang serta Melaka turut melaksanakan sistem cukai berkenaan tahun ini. [Sumber]

Cukai Petak ni apa pulak?

Cukai tanah dan cukai petak ni ibarat teh tarik mamak dengan teh tarik kita buat sendiri. Walaupun air yang sama, tapi rasa dia mesti ada lain sikit. Sama lah macam cukai tanah dan cukai petak, walaupun jenis cukai yang sama, tapi disebabkan cara pelaksanaan yang berbeza, sebab tu dia jadi lain.

Apa yang lain nya?

Cukai petak ni cuma dikenakan kat bangunan berstrata, di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 dan Akta Hakmilik Strata 1985.

Apa pulak strata ni?

Okay, macam ni. Strata ni kalau bahasa mudahnya adalah pecah lot. Kan kita selalu dengar kalau orang nak beli tanah atau tukar hak milik tanah, diorang akan sibuk-sibuk pasal nak pecah lot kan? Ha sama lah macam bangunan jugak, kalau bangunan tersebut berstrata, maksudnya bangunan tersebut bukan atas dasar pemilikan bersama tapi bangunan tersebut dah dipecah-pecahkan pemilikan dia mengikut unit rumah yang ada dalam bangunan tersebut.

Contoh hartanah berstrata yang biasa kita dengar adalah pangsapuri, townhouse dan kediaman komuniti berpagar. Kalau kat KL, Desa Park City adalah contoh pembangunan berstrata yang sangat besar.

Dengan guna sistem strata ni, setiap unit akan dimiliki oleh tuan tanah yang berbeza, manakala fasiliti lain yang disediakan dalam kawasan perumahan tersebut macam kolam renang dan taman permainan pulak adalah hakmilik pemaju perumahan tersebut.

Sebab ni lah kenapa cukai petak lagi mahal dari cukai tanah

Okay, kalau ikut cukai tanah, jumlah cukai tanah akan dibahagikan sama rata mengikut jumlah pemilik unit dalam bangunan tersebut. Contohnya lah, pangsapuri Blok A ada 10 unit yang disusun secara menegak dengan keluasan 4,000 kaki persegi dan cukai tanah yang dikenakan kat pangsapuri Blok A tu sebanyak RM200 dengan kadar RM0.05 per kaki persegi – Setiap pemilik unit cuma akan bayar cukai tanah sebanyak RM20 setahun.

Contoh kiraan:
4000 kaki persegi x RM0.05 = RM200  (jumlah cukai tanah yang dikenakan untuk bangunan)

RM200 / 10 orang pemilik unit = RM20  (jumlah cukai tanah yang dikenakan bagi setiap pemilik unit)

Bagi sistem cukai petak ni pulak, setiap pemilik unit kena bayar untuk keseluruhan 4,000 kaki persegi tersebut. Maksudnya kat sini, jumlah cukai tanah yang dikenakan kat bangunan berstrata tersebut tak akan dibahagikan secara sama rata dengan jumlah pemilik unit tapi dibayar secara individu.

Contoh kiraan:
4000 kaki persegi x RM0.05 = RM200  (jumlah cukai tanah yang dikenakan untuk bangunan)

RM200 / 1 orang pemilik unit = RM200  (jumlah cukai tanah yang dikenakan bagi setiap pemilik unit berstrata)

Dengan sistem cukai petak, setiap pemilik unit kena bayar jauh lagi mahal dari sistem cukai tanah. Walau bagaimanapun, dengan adanya sistem cukai petak ni, pejabat tanah dapat pastikan semua pemilik unit membayar cukai petak diorang ikut waktu yang dah ditentukan. Kalau tak buat macam ni, sampai ke sudah lah ramai yang degil tak nak bayar cukai.

Apa akan jadi kalau saya tak bayar cukai petak ni? 

Kalau korang degil tak nak bayar cukai petak ni, korang boleh kena tendang keluar dari rumah korang sendiri. Ha, jangan main-main pasal cukai ni. Silap hari bulan, boleh duduk bawah jambatan. Gomen pun dah tetapkan sekiranya pemilik unit gagal membayar cukai petak setelah dua kali diberi notis, unit tersebut akan disita dan dirampas oleh gomen negeri dan boleh dijual/dilelong kat pembeli rumah lain.

Ingat ye, terutamanya yang baru pasang angan-angan nak beli rumah, pastikan korang faham dulu jenis cukai yang akan dikenakan ke atas hartanah korang. Selain tu, ada baiknya kalau korang faham macam mana nak kira cukai hartanah sebab pejabat tanah dah mula laksanakan sistem cukai petak ni untuk setiap negeri.  kalau ada sebarang kenaikan ke apa, tak de lah korang gelabah terus.

Selamat membeli rumah! Selamat bayar cukai sampai pokai….

 

credit :  https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/cukai-tanah-tukar-cukai-petak