DAP Bakal Tuanku PAS

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Jais Sarday berkata kepimpinan tertinggi parti DAP patut menukar nama parti terbabit daripada Democratic Action Party kepada Dictator Action Party.

Ini kerana jelas beliau DAP dilihat sentiasa mahu mengawal rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dan sekiranya ahli mereka sendiri membantah setiap tindak tanduk pemimpin tertinggi, mereka akan dipecat.
“Kita ambil contoh isu kalimah Allah… Guan Eng pernah cakap kalau kalau pakatan berjaya memerintah negara maka kalimah Allah akan dibenarkan digunapakai dalam Baible versi Melayu.
“Ini isu lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah adalah hak orang Islam tetapi Guan Eng bangkitkan kembali isu ini. Sebab apa? Sebab dia mahu meraih undi kaum tertentu dan memecahbelahkan orang Melayu.
“Majlis Syura juga telah bersetuju bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan untuk digunakan dalam Bible bahasa Melayu namun DAP tetap bertegas dengan kehendak mereka. Sepatutnya DAP harus menghormati Majlis Syura.
“Asas perpaduan berbilang kaum adalah saling menghormati agama dan bangsa setiap orang. Inipun DAP tidak mampu untuk lakukan jadi bagaimana DAP mahu memerintah negara. Mereka ini akan lakukan apa sahaja untuk mencapai agenda busuk mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Jais yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota turut menambah, apa yang berlaku di Gelang patah juga merupakan contoh terbaru bahawa DAP terlalu ‘perasan’ bahawa rakyat menyokong mereka sekaligus memberikan gambaran bahawa memang tiada muafakat di antara DAP, PKR mahupun Pas.
“Dalam soal penentuan kerusi pun mereka gagal meraih kata sepakat sehingga sanggup menikam rakan sendiri, bayangkan sekiranya mereka memerintah negara. Apa akan jadi kepada masa hadapan negara dan juga rakyat.
“Ini jauh berbeza dengan BN. Kita sentiasa berpakat dan bermuafakat. Setiap parti komponen menghormati keputusan dan penentuan kerusi. Kita tidak bercakaran dan menyokong segala keputusan yang telah dibuat.
“Sekiranya ada percanggahan pendapat, kita akan selesaikan dengan baik dan akhirnya akan akur kepada pucuk pimpinan parti. Apa yang penting adalah perjuangan parti untuk keharmonian negara dan rakyat,” ujarnya lagi.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*