DAP Perjuang Islam?!

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput , Datuk Dzulkifli Harun menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti tersebut turut memperjuangkan Islam sebagai satu kenyataan yang hilang akal , terkeluar daripada kewarasan berfikir dan seolah-olah merendahkan keupayaan pemikiran rakyat di negara ini.

Menurut Dzulkifli, Pakatan Pembangkang, khususnya DAP sudah hilang punca untuk meraih simpati dari rakyat untuk menutup kesilapan terbesar parti tersebut apabila cuba menggunakan nama Allah sebagai modal politik mereka.
“Bagi saya mereka ini dah bercelaru. Sudah tak ada ‘point’ nak bercakap. Jadi, mereka hari ini bercakap ikut sedap mulut saja. Rakyat akan ketawa jika kita kata DAP itu pejuang Islam. Satu kenyataan yang bagi saya seolah-oleh menghina kewarasan rakyat berfikir rakyat di negara ini.
“Seingat kita sejak DAP wujud sebagai sebuah parti politik di negara ini ada saja yang keluar adalah kenyataan yang berbentuk penentangan saja. Tetapi hari ini, tiba-tiba nak mengaku mereka juga perjuangkan Islam di negara ini. Apa mereka ingat rakyat di negara ini bodoh belaka semuanya, macam katak duduk bawah tempurung yang tak tahu apa cerita isu semasa,? tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Beliau berpendapat, hari ini Pakatan Pembangkang, terutama DAP sanggup berbuat apa saja dan sanggup mengatakan apa saja semata-mata untuk memenangi hati pengundi-pengundi Melayu di negara ini.
“Hari ini mereka dalam keadaan terdesak. Mana tidak terdesaknya, tiba-tiba hari ini mereka mengaku sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam?
“Jika kita dengar kenyataan tersebut pun kita boleh ketawa besar. Satu jenaka paling lucu abad ini bagi saya. Kenyataan itu seolah-olah satu penghinaan dan satu percubaan untuk memperbodohkan rakyat di negara ini,” ujarnya lagi.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*