DAP Sanggup Singkirkan Ngeh Kor Ham??

Semakin hari semakin ramai pemimpin diterlanjang, Mereka ini berpewatakkan Alim² Kucing yang disokong lebai PAS yang tidak rasional lagi, Mana tidaknya majoriti rakyat yang menyokong DAP semestinya bersetuju jika pemimpin yang seperangai Ngeh & Nga selayaknya dicampak kelombong kerana berpotensi mengheret DAP ke lubuk najis kerana kepentingan pribadi mereka tidak terlepas juga LGE yang masih menyepi berkenaan isu taman manggis

Suara Generasi Baru menulis :- Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP, PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.
Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.
Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min.
Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit. Seterusnya..
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*