DAP Sila Beli ‘Facemask’ Pakai Duit Guan Eng – Najib Razak #Covid19Malaysia

Sehingga hari ini ketika artikel ini ditulis dunia telah mencatatkan 21,516,760 juta kes jangkitan dan 766,663 kematian akibat Pandemik Novel Coronavirus (COVID-19) yang dilaporkan oleh Ogranisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Rata rata negara diseluruh dunia menyeru rakyatnya untuk memakai topeng penutup mulut dan hidung (facemask) untuk mengurangkan dan memutuskan rantaian wabak ini yang dikesan boleh menular melalui udara dan titisan cecair daripada pembawa kepada mangsa.

Malaysia kini masih dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hari ini mantan Perdana Menteri Malaysia menyelar perbuatan DAP membuat desakan kepada pihak Kerajaan agar meringankan hukuman denda RM1000 kerana melanggar SOP (Garis Panduan) ketika PKP kepada RM250.

antara yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri yang juga dikenali kini dengan nama ‘Bossku’ iaitu ;

“DAP asyik main isu populis tanpa hirau isyarat yang ingin disampaikan kepada Rakyat untuk kepentingan negara dan kesihatan awam. DAP dah mulakan kempen untuk turunkan denda maksima tak pakai face-mask dari RM1,000 ke RM250.”

“Sedangkan negara-negara lain juga mengenakan denda maksima yang amat tinggi untuk mereka yang ingkar perintah ini.

Negara Sepanyol boleh kenakan denda maksima sebanyak 1,000 euro manakala di UK, denda maksima ialah £3,200 (RM17,500) untuk mereka yang sering ingkar arahan pakai face mask.”

“Takde pula PH pernah bantah dasar kerajaan PH untuk mengenakan denda RM10,000 dan penjara 2 tahun untuk mereka yang merokok di tempat makan sedangkan impak dari orang merokok tidak sebesar orang yang terjangkit Covid dan menjangkiti orang lain akibat tak pakai face mask.”

“Sebenarnya, kompaun RM1,000 untuk mereka yang tak pakai face mask ini boleh diturunkan oleh mahkamah dan ianya mengikut kebijaksanaan hakim jika mereka yang didenda didapati benar-benar terbeban.”

Tetapi DAP tak hirau bahawa isyarat yang salah akan dihantar kepada Rakyat jika denda maksima diturunkan dari RM1,000 kepada RM250.”

“Ini krisis Covid. Tugas utama ialah menjaga kesihatan rakyat, melindungi ekonomi yang telah terjejas akibat Covid dan menghentikan penularan wabak. Jangan main politik populis sehingga Rakyat fikir arahan kerajaan untuk lawan Covid adalah hal remeh.”


“Ini politik tak bijak yang menjahanamkan kesihatan Rakyat dan keselamatan negara: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10158411804329192

“Sehingga petisyen dibuat, usul untuk debat dalam dewan dilakukan dan sidang akhbar dipanggil DAP untuk perkara ini. Jika masalahnya ialah harga mask terlalu tinggi, kerajaan PN telah turunkan harga siling mask dua kali ke RM1.00 sekeping.”


“Jika masih fikir harga RM1.00 sekeping terlalu tinggi, suruh Guan Eng serahkan baki daripada RM3.9 juta yang dikutip untuk bayar ikat jamin RM1 juta bagi kes rasuahnya kepada DAP untuk beli dan edarkan 2.9 juta keping face mask kepada Rakyat.
” – sumber

Untuk makluman para pembaca blog daengselili.net harga facemask kini boleh dibeli secara dalam talian dengan harga yang berbeza beza. Bagi Individu yang melakukan aktiviti ekonomi diluar rumah adalah diwajibkan pemakaian ‘facemask’ ini. Para pekerja keseluruhan sektor yang dibenarkan beroperasi meskipun kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan berkerja tetapi diwajibkan untuk memakai ‘facemask’ untuk mencegah penularan wabak ini.

Negara luar melihat Malaysia sebuah negara yang berjaya mengawal situasi ini dengan bijak, tindakan DAP ini dilihat adalah tidak bijak, malahan ia mengajak rakyat untuk membuat protes (tindakan petisyen ini adalah pemulaan) yang akhirnya nanti rakyat akan mula ingkar dengan perintah.

Yang akan membayar kesilapan DAP ini akhirnya adalah nyawa rakyat. Dulu rakyat penah kena kencing konon nak mansuh tol PLUS. MALANGnya DAP/PH extend hutang tu lagi sehingga tahun 2058.

PH baru lanjut tol PLUS hingga 2058, kata Najib