Monday, October 21, 2019

DAP Tertanya Bagaimana UMNO/PAS Bahagi Kerusi PRU15 #PRU15 #UMNOPAS

Kerjasama antara PAS dan UMNO di Melaka pada masa ini tidak melibatkan perbincangan mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, kata Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sidek.

Beliau berkata pimpinan pusat kedua-dua parti telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada PAS Melaka dan UMNO Melaka masing-masing untuk bekerjasama dalam apa jua perkara tetapi tidak mengenai pembahagian kerusi.

“Kerjasamalah apa sahaja terutama yang melibatkan kepentingan Melayu dan umat Islam, tetapi soal pembahagian kerusi itu nanti dulu, dibincang kemudian,” katanya di Bandar Hilir – sumber
Lucu dan geli hati lihat pemimpin Pakatan Penipu (PH) iaitu parti kerajaan yang didominasi DAP dan mengkeldaikan PKR/PAN/PPBM . Pakatan secara membabi buta cuba menyentuh berkenaan hal kerusi yang bakal dipertandingkan oleh UMNO/BN/PAS pada masa PRU15. Sedangkan itu bukan ada kena mengena dengan komponen didalam Pakatan Penipu (PH).

Perpecahan dalaman Parti Pakatan Penipu sedang merebak, lagi nak menyibuk tepi kain orang? DAP di Perak dah mengelupur nak tendang PPBM. PKR duk berebut kawasan di Selangor terbaru WARISAN dah mula bunyi sejak PPBM masuk Sabah. Kah Kah Kah