Dari Kocek Anwar Ke RM2,174,899?!


Terkejut beruk CTS apabila mengetahui bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PGayR merangkap bekas banduan dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Barisan Nasional mampu memberi sumbangan kepada Hamas di Palestin untuk membina sebuah masjid yang bernilai jutaan ringgit Malaysia. Adik Kakak Ibu Abang nilainya adalah USD700,000. Kalau ikut tukaran matawang hari ini, ianya bersamaan dengan RM2,174,899. 
Wow!!! Berlawan betul Ketua Umum PGayR ye. Kerajaan Malaysia derma surau, dia nak lebih lagi, dia derma Masjid!! Kerajaan Malaysia guna duit Kerajaan dan Rakyat, dia guna duit sumber mana?
CTS hendak bertanya jugalah dengan Anwar Ibrahim, dari sumber mana beliau memperolehi wang sebanyak itu untuk membuat amal jariah. Daripada kutipan tabung milo di pentas-pentas ceramahkah? Dari kutipan majlis makan malam amal yang selalu diadakan kah? Jika wang tersebut datangnya daripada tabung yang diwujudkan seperti di atas, maka beliau hendaklah menunjukkan akaun yang beraudit dan penyata bank mengenainya. 
Jika tidak SPRM dan LHDN janganlah segan silu dan malu-malu kucing untuk menyiasat dari mana datangnaya dana sebanyak USD700,000 ini. Takkan nak tunggu laporan rasmi baru nak dibuat siasatan?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*