Dataran Pidator : Sesi tadah kitab suci [Video Ustaz Kazim]

Apa hendak jadi dengan Agama Islam di Malaysia. Dunia sudah akhir zaman. Agama Islam mula diperkotak-katik dan disamaratakan dengan Agama lain. Semperna Hari Thaipusam yang disamput oleh penganut-penganut Agama Hindu hari ini, lain pula jadinya di Pulau Pinang atau Penang (Maaf saya tidak meminta kebenaran Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng, untuk menggunakan nama ini).


Bertempat di Dataran Pidato, Padang Kota Lama/Speakers’ Square, Esplanade, Penang, kira-kira jam 12.00 tengahari hingga sekarang, sebuah kumpulan bebas yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sessi “Holly Book Reading” di mana penganut-penganut Agama Kristian, Hindu, Buddha dan Islam dijemput membawa kitab masing-masing.

Ketua kumpulan ini yang dikenali sebagai Kevin, 016-5515429, memberitahu kononnya tujuan sessi berkenaan adalah untuk memahami Agama di antara satu sama lain. Semua ini adalah satu pembohongan. Semua ini adalah merupakan agenda tersembunyi puak-puak Yahudi yang cuba menyamakan Agama Islam dengan Agama-Agama lain. Mereka mahu hina dan memusnahkan Islam.

Saya mahu tahu mana perginya Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang? Mana Abdul Malik bin Abul Kassim, EXCO Agama Negeri Pulau Pinang? Mana Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)? Kenapa membisu dengan perkara ini? Takut dimarah oleh Tokong Joseph?

 



Semua agama adalah sama..semua tuhan adalah sama..Atas nama kebebasan,plural maka pakatan rakyat mengadakan sesi menadah kitab..


Suaram dan Aliran menganjurkan sesi “Holy Book Reading” didataran Dataran Pidato, Padang Kota jam 12 tengah hari sebentar tadi(Semalam)

Kumpulan ini menjemput penganut Islam, Kristian, Hindu, Buddhist dengan membawa kitab suci masing masing. Kata ketua kumpulan ini ,Kononnya, tujuan sesi itu adalah memahami agama di antara satu sama lain !!Sebaliknya merupakan agenda tersembunyi puak puak Yahudi untuk menyamakan Islam dengan agama agama lain. Kesannya jika pakatan berjaya yang dibantu oleh Pas, satu hari nanti sesiapa pun boleh menukar agama sesuka hati .Anak boleh menentukan agama pilihan sendiri..Ini yang di mahukan atas nama human right dan freedom of speech..
Perkara ini sudah ditegur oleh ustaz kazim elias!
Dan lihatlah IMPAK dari apa yang beliau tegah berkenaan Isu Kalimah Allah~!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*