Dato Adiwijaya Beri Amaran?!

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penglibatan warga asing dalam pengumpulan dana menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dari pihak Parti Pembangkang.

Menurut Yang Di Pertua Dato Adiwijaya Bin Hj Abdullah, laporan sumber turut mendapati satu surat pekeliling Pilihan Raya Pembangkang mengandungi saranan yang mencipta suasana kacau bilau di pusat mengundi dan lain-lain tempat serta tuduhan penipuan proses pilihan raya.

“Kita mendengar orang asing memberi dana kepada pembangkang, sekarang, mereka berani berada disini menyertai aktiviti pembangkang mencari dana.

“Kemungkinan besar mereka mahu mencipta suasana agar tindakan di ambil terhadap mereka. Jika mereka kalah kacau bilau akan terjadi dan ini akan membenarkan pertuduhan mereka bahawa PRU tidak adil dan tidak bersih,” katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai isu Provokasi PRU13 Parti Pembangkang di bangunan PSSGM di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan YDP 1 Mohamed Faid Bin Hj. Musa, Setiausaha Agong Gayong Malaysia Suleh Bin Udin.

Adiwijaya turut mendedahkan bukti bergambar penglibatan dua warga asing yang membantu ahli kompenan parti mengumpul dana pada sebuah Majlis anjuran Parti Pembangkang.

Katanya, PSSGM amat khuatir dengan perancangan yang bakal diwujudkan sehingga mencetuskan kacau bilau di beberapa kawasan pusat mengundi pada PRU13.


“Kita telah melihat provokasi dalam module latihan mereka. Contohnya negara ini adalah kerajaan diktator. Mereka juga menghasut kebencian kepada kerajaan, agensi utama kerajaan, pemimpin kerajaan dan parti pemerintah.

“Ini sangat merbahayakan keselamatan negara.

Provokasi ini mungkin bertujuan mencetuskan huru hara dalam dalam negara d ipusat mengundi dan mencetuskan pergadohan serta lain-lain lagi.” ,” tegasnya.



Sebelum ini, satu surat pekeliling Pilihan Raya Pembangkang yang sama telah didedahkan di beberapa laman blog Pro UMNO yang antara lainnya mensasarkan 10 kawasan Parlimen termasuklah di Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*