Dato Seri Najib Singgah di Kuala Kangsar

Di hari Jumaat penghulu segala hari, Kuala Kangsar menerima kunjungan yang amat berhormat Dato Seri Najib Tun Razak orang no satu negara,Ianya suatu khabar gembira buat penduduk kampung disini.

Dato Seri Najib sama membantu berkempen untuk calon-calon Barisan Nasional terutamanya muka-muka baru yang boleh dikatakan dari tiga parlimen di Kuala Kangsar, Sungai Siput dan calon baru adun chenderoh (padang rengas).

Alhamdulillah cuaca hari ini amat baik dan kehadiran yang turut sama memeriahkan kempen Barisan Nasional, Ramai yang turut hadir disini hari ini termasuk Dato Seri Zambry Abd. Kadir dan barisan Exco Perak.

Dato Seri Najib setiasa mengingatkan para pengundi agar tidak termakan dengan dakyah pembangkang yang sanggup menjanjikan bulan bintang roket dan waima syurga sekalipun!

Dalam perutusan beliau hari ini juga beliau memberitahu bahawa, manifesto kononnya pada 6 Mei ini akan di turunkan harga minyak adalah sesuatu yang boleh katakan omong kosong pembangkang dan mereka hanya bercita-citakan ke Putrajaya semata-mata.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*