Dato Wan Khairil Janji Teruskan Membela Rakyat Kuala Kangsar

Selesai pertemuan empat mata diantara pengundi di PDM bukit Chandan dengan calon parlimen Kuala Kangsar Dato Wan Khairil (mantan ADUN bukit chandan)beliau berjanji akan meneruskan perjuangan Barisan Nasional untuk menggempur pakatan pembangkang denagn memenangi kerusi palimen dan DUN di sini walaupun dengan apa daya sekali pun dan beliau dengan penuh komitmen akan berusaha membantu 2 calon muka baru BN di DUN Chandan dan Manong,Kuala Kangsar!

Dalam ceramah beliau yang ringkas dan rasional untuk dilaksanakan beliau dan wakil beliau akan terus menuntut dan memperjuangan segala agenda yang didalam perangkaan pemimpin yang terdahulu seperti pelaksaan persimpangan tol Menora, Jambatan baru sayong-manong, pembinaan infrastruktur baharu di Kuala Kangsar dan melaksanakan semua dasar-dasar parti!

Beliau disokong dua 'tagan besar' poltik kuala kangsar iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Dato Ramly Zahari yang teguh menyokong beliau sungguhpun pada disebelah pagi tadi ketika diumumkan penamaan calon terdapat 1 calon bebas bekas ahli UMNO Dato Kamilia yang bertindak secara drastik menetang arus politik Kuala Kangsar. Secara ringkasnya Dato kamilia tidak mungkin menang bilamana majoriti mengakui perancangan Dato Seri Najib Razak adalah yang terbaik untuk parti dan UMNO khususnya. MIC, MCA, UMNO Bahagian, Sayap pemuda, puteri dan wanita sepakat untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Dato Wan Khairil, saudara Mohd kamil(calon dun manong) dan saudara Maslin Sham (calon dun chandan)- pst: iddham lim muka merah padam selepas penamaan calon pagi tadi bila seorang penduduk kampung mengajukkan soalan "dah sunat ke belum?"

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*