Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Turun Kuala Kangsar


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah tiba di Kuala Kangsar dalam sesi lawatan beliau dalam persiapan jentera Wanita menjelang PRU13. Calon Parlimen Dato Wan Khairil berserta 2 calon ADUN Manong Saudara Mohd Kamil dan Calon Chandan Saudara Mazlin Sham turut sama hadir mendengar perutusan beliau.
TENTERA WANITA PRU13 (Seperti yang diperkatakan oleh Dato Seri Zambry Semalam) seramai 500 Orang penggerak Jentera Parti Barisan Nasional menghadirkan diri dan sekali gus mematahkan dakwaan ramai yang keluar parti atau bersetuju untuk mengikut jejak langkah seorang calon bebas yang akan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.
Hanya pembangkang sahaja yang cuba memecah undi wanita di Kuala kangsar, kononnya Wanita Umno akan memberi undi kasihan kepada calon bebas, sedangkan dalam perjanjian sebelum ini calon bebas tersebut pernah menyatakan akan menyokong seluruh perancangan parti dan menolak sebarang perkara mengsabotaj parti.
Dalam ucapan beliau juga menyatakan rasa terima kasih beliau kepada seluruh pasukan jentera PRU13 Wanita Kuala Kangsar kerana bertindak bijak dan tidak menyokong orang yang berkepentingan individu dalam parti.
Jalinan Rakyat (JR) akan terus berjuang dan ini bakal memberi kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional di Kuala Kangsar, Majlis serba ringkas ini dihadiri juga wakil khas dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Suhaimi sebagai pengiring beliau dalam sesi bertemu jentera parti  disini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*