Dedah Korupsi Calon PAS Lenggong

SELAMA ini mereka menuduh pimpinan UMNO korup dan berbagai-bagai fitnah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional malah di mata mereka UMNO dan pemimpinnya membina kekayaan serta kemewahan untuk diri mereka dan kroni-kroni.Mereka maki hamun pemimpin UMNO.

Saban malam disetiap pentas ceramah lagu-lagu bernada fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin UMNO dilagukan oleh kalangan yang kononnya mereka mendakwa pemimpin PAS seluruh Negara bersih daripada segala penyelewengan namun bila kita membaca latar belakang bekas Pegawai Kastam yang memegang jawatan YDP PAS Lenggong ini,apa lagi yang boleh kita fikir dengan segala bentuk kemewahan yang beliau ada.
Biodata ini saya paparkan disini untuk kita sama-sama kita fikirkan apakah Razman ini layak untuk bercakap tentang korupsi?Apakah YDP PAS ini mampu menyumbang jasa bakti ataupun khidmatnya kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen Lenggong?Apakah rakyat boleh menaruh harapan kepada pemimpin yang kononnya dilihat berlagak zuhud ini?Ataupun Razman menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi lebih lagi koleksi kekayaan dan kemewahan beliau?
Baca satu persatu catatan pada biodata tersebut dan kita tidak tahu mungkin ada lagi calon-calon PAS yang begitu mewah dan kaya raya tetapi berselindung di sebalik jubah serta kopiah untuk mengelirukan masyarakat serta rakyat keseluruhan.
Bacalah dengan berlapang dada…
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*