Demi Kuasa PAS Semakin Terdesak?!

Pas menggadaikan seluruh prinsipnya yang pada satu ketika dahulu kononnya mahu memartabatkan Islam, sebaliknya kini menjadi `gunting dalam lipatan’ terhadap umat Islam di negara ini berkaitan isu kalimah Allah, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.


Beliau berkata pendedahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang menyediakan dan menandatangani persetujuan bersabit kalimah Allah untuk bukan Islam itu adalah bukti nyata parti itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menang pilihan raya.

“Jadi perkara itu amat jelas pada kami, ia juga membuktikan kepada kami bahawa Pas ini menggadaikan segalanya untuk menang kerusi.
“Dalam hidup kita ini ada benda yang kita tidak boleh gadai, prinsip kita tidak boleh gadaikan, tetapi kelihatan mereka menggadaikannya untuk hanya menang kerusi,” katanya selepas majlis Perasmian Himpunan Barisan 1Malaysia di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan dihadiri lebih 1,000 orang.
Semalam Anwar ketika berceramah di Ketereh di sini mendedahkan kenyataan yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah pada 8 Jan lalu disedia dan ditandatangani oleh Abdul Hadi.
Anwar dilaporkan berkata apa yang dibentangkan oleh Pas dalam kenyataan itu sedikit pun tidak dipinda olehnya.
Dalam laporan akhbar itu Anwar dipetik sebagai berkata, “Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan, DAP”.
Mengulas perkara itu lagi, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata jelas Pas kini keseorangan untuk menjawab segala permasalahan berkaitan isu itu yang menampakkan tiadanya kesepakatan dalam pakatan pembangkang.
Sementara itu beliau berkata UMNO kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang penuh mencabar ini.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*