Saudara/Saudari Ketua Pengarang, Editor Kanan, Rakan-rakan Media
Perkara: Sidang akhbar Demonstrasi Rakyat Menyokong Saudara Azam Melawan Majlis Peguam
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara diatas.
Kelab Warisan Malaysia (KERIS), iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), merasa adalah perlu bagi masyarakat, khususnya golongan professional untuk menilai peranan dan tanggung jawab Majlis Peguam yang dilihat semakin tersasar dari tujuan asal penubuhannya.
Dalam tempoh beberapa tahun ini, semakin jelas peranan Majlis Peguam, yang asalnya ditubuhkan untuk memelihara keluguran professional peguam, semakin diperkecilkan demi kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan hilangnya rasa hormat terhadap badan tersebut.
Sehubungan dengan itu, kami berasa terpanggil untuk mengadakan satu siding media bagi menjelaskan keperluan untuk masyarakat, golongan professional serta kerajaan secara khususnya untuk menilai kembali peranan badan tersebut bagi memastikan keluhuran undang-undang dapat dimartabatkan demi hak dan keadilan yang sebenar-benarnya dinegara ini.
Kami, bersama-sama 13 NGO, akan mengadakan demonstrasi secara serentak diseluruh negara, pada 23 Jan 2013, jam 9.00 Pagi, di kawasan parker Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpurbersempena dengan tarikh perbicaraan Kes Mohd Khairul Azam Abdul Aziz VS Malaysian Bar & Bar Council
Kami juga akan mengadakan demonstrasi dengan isu yang sama pada tarikh dan waktu yang sama di tempat-tempat berikut
Gerakan Rakyat ini adalah gerak rakyat bebrbilang kaum yang majoritinya bukanmerupakan peguam tetapi rakyat adalah merupakan pelaggan kepada khidmat guaman dan selaku pelanggan, rakyat berhak untuk mendapat khidmat guaman terbaik yang diselenggara oleh Majlis Peguam yang baik dan berdisplin.
Sememangnya rakyat secara langsung tidak ada kaitan dengan peranan dan tanggungjawap Majlis Peguam, tetapi disebabkan oleh terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa Majlis Peguam yang menindas rakyat, maka rakyat pada hari ini bersama-sama bangkit menyatakan sokongan kepada Suadara Khairul Azam didalam kes saman beliau terhadap Majlis Peguam yang bertujuan untuk mengembalikan badan tersebutke landasan asal berdasarkan Akta Profesion Undang-undang 1976.
Dilampirkan adalah kenyataan rasmi keris bagi memudahkan rakan-rakan media untuk memahami tujuan serta pergerakkan kami
Sehubungan itu dimohon kerjasam pihak media agar dapat memberi kerjasama penuh dalam memberi litputan yang sewajarnya.
Hashtag : #BMP231
Waktu: 10 Januari 2013
Azman Haj Bin Haji Hassan
Setiausaha Agung
Kelab Warisan Malaysia (KERIS)
http://www.bharian.com.my/ Majlis Peguam didesak nyata pendirian berhubung perhimpunan langgar akta
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Leave a Reply