Dr Asri nak keluar PAS ker? (Beliau turut TOLAK HUDUD PAS).

GEMPAR!!!
Assalamualaikum. 
Apabila berbicara politik semasa, pasti hukum hudud akan diisukan oleh PAS. Hukum Hudud PAS boleh dikatakan seperti launganmengenai takbir di hari raya. Begitu juga dengan hukum hudud, isu ini hanya bergema dengan kuat sekali dikala PRU hampir tiba. Itu jelas berlaku di dalam ceramah-ceramah PAS dan di laman sosial Facebook milik pengikut PAS.


Teman Penulis telah menghadiri satu majlis ilmu anjuran Yang Berhormat Dato’ Sri Shahidan Bin kassim Ketua UMNO bahagian Arau di mana YB Shahidan telah menjemput Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan salah seorang ulamak yang terkenal di Malaysia sebagai tetamu khas untuk memberi tazkirah dan sesi soal jawab dengan blogger dan facebooker di Perlis.


Dalam satu petikan Dr Asri berkata “Saya pernah memberitahu barisan kepimpinan PAS di Kelantan bahawa Hudud tak boleh dilaksanakan di Kelantan”. 


Penulis tertarik dengan kenyataan yang disampaikan oleh Ybhg Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana terfikir di benak fikiran penulis satu laungan dari pengikut-pengikut PAS iaitu UMNO menolak hukum Hudud.


Adakah kenyataan Dr Asri juga boleh dikatakan sebagai salah seorang yang menolak hudud kerana mengeluarkan perkataan “hudud tak boleh dilaksanakan di Kelantan” ? 


Begitu juga dengan kenyataan Perdana menteri Malaysia yang mengatakan Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Adakah itu yang dimaksudkan bahawa UMNO menolak hudud? 


Pelbagai persoalan timbul apabila Dr Asri mengeluarkan kenyataan tersebut.


Dalam konteks untuk memahami ayat, ramai yang memandang remeh dan setiap ayat yang disampaikan kerana pemahaman kita tentang sesuatu ayat juga boleh menimbulkan fitnah sepertimana PAS mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia menolak hukum Hudud. 


Adakah kenyataan Dr Asri juga akan difahami sebagai individu yang menolak Hudud? 
Sama-sama kita fikirkan dengan lebih mendalam isu Hudud yang kini hebat berkumandang.


Penulis berharap pengikut PAS tidak terlalu taksub dengan isu Hudud kerana ianya jelas bahawa isu hudud hanyalah retorik dalam perjuangan PAS.


Kini sudah ramai juga pengikut PAS sedar bahawa hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia dan itu juga diakui oleh ramai pengikut PAS yang pernah ditemuramah oleh penulis sendiri kebelakangan ini.


Walau apa pun, Jangan menjatuhkan hukuman tidak berasas kepada pengikut UMNO dengan mengatakan UMNO menolak Hudud kerana ianya tidak benar.


Fikirkan logik akal kita sebagai manusia dan orang bergama Islam, Adakah wajar umat islam menolak Hudud? Bagi penulis, sudah pasti tiada seorang pun umat islam yang menolak hukum hudud. penulis berharap pengikut PAS hentikan lah tomahan tidak berasas dengan mengatakan pengikut UMNO menolak hudud. Wallahualam…


From-Bekas Aktivis Pembangkang.
(1998-2008).

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*