Dr Mujahid Tidak Releven Di Parit Buntar



Antara ulasan-ulasan yang berkaitan dengan Dr Mujahid :

“Pada Oktober 2011, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang mengatakan polis terlibat dalam politik.”

“Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas. 

“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.”


“Di Georgetown, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH. Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama. “Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya”


Jika kita lihat dari biodatanya, kita dapat lihat yang Mujahid ini bukan orang Perak dan tidak lahir pun di negeri Perak. Kebanyakkan jawatan yang dipegangnya adalah berpusat di Pulau Pinang tetapi ditarik untuk bertanding di negeri lain. Dia bukan orang tempatan di kawasan Parlimen Parit Buntar.

Sila klik DISINI tentang penidakkannya terhadap kenyataan isu kalimah Allah dari Majlis Syura Ulamak PAS. Untuk rujuk warta dari Jawatankuasa Fatwa negeri Perak pula….sila klik Banyak dari kenyataannya terhadap isu-isu adalah dibuat atas dasar pendirian individunya sendiri , songsang dan tidak mewakili suara dari organisasi yang dia wakili. 


Baru-baru ini Mujahid cuba mengalihkan perhatian rakyat Parit Buntar terhadap calon BN, Mua’amar Ghadafi dari menjalankan kempen pilihanrayanya dan menganggu jadual sesi perjumpaan dengan penduduk sekitar. Dia mengaturkan program Debat antara calon Parlimen Parit Buntar untuk membahaskan Manisfesto parti masing-masing. Oleh kerana Mua’amar Ghadafi adalah calon muda dan baru yang perlu lebih banyak turun padang untuk bersemuka dengan rakyat maka parti lawan mencuba taktik untuk mengalih pandangan disaat-saat waktu yang membilang hari ke hari pilihanraya.

Jika ditanya apakah perubahan atau pembangunan yang dibuat oleh Mujahid yang menjadi wakil rakyat dari penggal lepas…ada ke?

Rakyat Parit Buntar perlu membuka minda ke arah transformasi yang diwar-warkan oleh pemimpin BN untuk kemajuan dan kebaikan kawasan sini. Berilah peluang kepada bakal pemimpin dari generasi muda yang juga dari kepimpinan belia peringkat nasional untuk berkhidmat dan merealisasikan wawasan negara serta rakyat. – Kinta Menjerit







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*