Esok Himpunan Janji 1Malaysia! #anakmudasokongBN #transformasi #voteBN #ManifestoBukanJanji #tolakPR

Pelancaran Manifesto BN Di Bukit Jalil – Himpunan Janji 1Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini. 
Malah ketika mengulas sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.
Para Pertugas Media Sudah Siap Siaga Disana
“Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.
“Manisfesto ini untuk:-
(1) memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia,
(2) ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan
berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional,” katanya.
Berbanding pakatan pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.
Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada 
(1) manifesto negeri-negeri mengikut keperluan.
(2) BN memberi ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.
Maka semua masyarakat tanpa mengira kaum di jemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada  malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan. – sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*