Fakta Pajakkan Sabah

Pro Dan Kontra keatas Pemajakan Sabah Samada Kesultanan Sulu Telah Menyerahkan Kedaulatan Sabah Atau Tidak?


TERLEBIH dahulu kami perlu menyatakan pendirian kami bahawasanya Borneo Utara (Sabah) ini patut berada di tangan Malaysia tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa. Kerana sesiapa yang mahu menuntut Borneo Utara (Sabah) selepas ini samada oleh Filipina mahupun individu yang menyamar “Sultan Sulu” (kebanyakan kes penuntut adalah datang dari keluarga Kiram) Maka langkah mayat kami terlebih dahulu.
.
Kekuasaan Filipina itu tidak jauh bezanya dengan kekuasaan Spanyol di masa lalu terhadap Wilayah Sulu. Tidak menjajah mahupun menguasai wilayah Kesultanan Sulu itu termasuklah Borneo Utara (Sabah). Mereka tiada bukti kukuh pernah atau telah menguasai wilayah Sulu itu hingga hari ini. 
Buktinya hingga hari ini pun Filipina masih menjalankan program pujukan terhadap rakyat Sulu kerana undang-undang Filipina masih tidak berkuat-kuasa sepenuhnya di Sulu maka bagaimana pula mereka tanpa segan silu mahu menuntut Sabah?
.
Ini termasuklah kepada penuntut Sabah yang menggelarkan diri mereka “Sultan Sulu”. Terbukti bukan sahaja mereka tidak layak mengangkat diri mereka sebagai sultan (kerana tidak mengikut Tartib Diraja Sulu) malah tidak dikenal dan diterima oleh rakyat Sulu sendiri. 
Mereka kebanyakannya adalah “penyamar” yang senantiasa dikepit dibawah ketiak kerajaan yang diperalat sebab itu tanpa rasa malu memanggil diri mereka “Rakyat Filipina”. Maka hanya “Rakyat Filipina” yang sanggup “berkorban” untuk negaranya Filipina yang dicintai itu. Adakah Sultan Sulu yang kita maksudkan ini masih layak menuntut Sabah setelah mereka mengaku sebagai “Rakyat Filipina”?
.
Berkenaan dengan kes pajakan Borneo Utara ini, kami meminta para pembaca menelitinya dengan hati terbuka tanpa prejudis kerana didalam penafian kami terhadap kewajaran tuntutan terhadap Sabah itu terdapat juga kebenaran disebaliknya yang perlu diperjelaskan. 
Kewujudan bukti terhadap “Pajakan” Borneo Utara (Sabah) ini kita bahas secara wajar mengikut fakta sahih lagi benar. Dewasa ini terlalu ramai yang bercakap mengenai “kes pajakan” tersebut tanpa disandarkan kepada fakta-fakta ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan. Kebenaran tetap kebenaran kerana macamana pun hebat hujah kita mengatakan “Kilauan emas itu adalah kilauan tembaga” sebenarnya tidak akan dapat mengubah rupa bentuk atau hakikat emas itu sendiri. 
Bagaimana pun hebatnya orang mengatakan bahawa “pajakan” itu adalah “penyerahan (secara mutlak)” tidak akan mengubah apa-apa kedudukan “Pajakan” itu kerana ahli sejarah keseluruhannya tetap menyatakan “penyerahan” itu bukannya “penyerahan kedaulatan” tetapi penyerahan untuk “dipajak”. [Artikel Penuh]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*