Fanatik Politik: Tiket Tak Laku



Fanatik Politik, Bendera, Logo Politik Di Stadium


Semua orang tahu sukan adalah salah satu medium untuk merapatkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira kedudukan, bangsa, fahaman politik dan agama.
Semua orang menuju ke gelanggang dengan satu matlamat untuk menyokong pasukan atau individu pilihan mereka dengan membuang fahaman politik atau perbezaan bangsa dan agama di luar gelanggang.


Bagaimanapun sejak akhir2 ini satu budaya baru telah melanda Malaysia, iaitu membawa masuk politik ke gelanggang sukan. Telah banyak kali berlaku dalam pertandingan bola sepak Piala Malaysia, bendera2 parti politik dibawa masuk ke dalam stadium dan dikibarkan.
Gejala itu semakin berleluasa apabila perlawanan melibatkan pasukan Kelantan di mana kita dapat menyaksikan bendera Pas dikibarkan. Selain daripada bendera Pas, terkini penyokong2 fanatik Pas membawa masuk bendera atau apa bahan2 yg tertera lambang R yg membawa maksud menuntut royalti minyak untuk negeri Kelantan. Perkara ini amat berleluasa semasa perlawanan separuh akhir Selangor menentang Kelantan di Shah Alam Jumaat lepas.
Persoalannya kini, mengapa tiada sebarang tindakan atau larangan daripada FAM terhadap perkara itu ? FAM seolah-olah membiarkan perkara itu berterusan dari perlawanan akhir Piala FA Mei lepas sehingga kini. Pertubuhan Gabungan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) adalah sebuah pertubuhan haram yg tidak berdaftar dan dinaungi oleh pemimpin Pas Kelantan. Kes yg melibatkan tuntutan royalti oleh Kerajaan Pas Kelantan juga sedang dibicarakan di mahkamah dan belum selesai hingga kini.
Memang diakui jumlah penonton yg memakai baju atau membawa bendera R tidak ramai, tetapi ia boleh mengundang perasaan tidak puas hati penonton yg tidak menyokong pertubuhan haram tersebut. Tambahan pula jika mereka berada di tempat duduk bersebelahan atau berhampiran dalam stadium. Telah berlaku di Stadium Shah Alam Jumaat lepas apabila sesama penyokong Kelantan berperang mulut kerana seorang menyokong R dan seorang lagi tidak menyokong R.
Ini punca-punca tiket bola tak laku jika perangai barua macam ni teruskan..merosakkan sukan negara
Apakah FAM hendak membiarkan berlaku pergaduhan politik terlebih dahulu kemudian baru hendak bertindak? Bebaskanlah sukan negara dari segala unsur politik walaupun berselindung di sebalik pertubuhan lain. Wajarlah kiranya FAM mengambil tindakan dengan menghalang sebarang bentuk bahan berkaitan politik dihalang dari memasuki Stadium Shah Alam Sabtu ini semasa perlawanan akhir ATM menentang Kelantan.
Jangan jadikan gelanggang sukan sebagai medan pergaduhan politik, dan FAM perlu bertindak mencegah sebelum keadaan menjadi makin parah. Kepada penyokong2 Kelantan & ATM, kita sarankan …. cubalah belajar membezakan antara POLITIK & SUKAN …. sama juga antara POLITIK & AGAMA …. jangan dok main sondol aja

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.