FATWA AL-AZHAR: Perjuang Memali Pemberontak

” Pejuang di kampung Memali merupakan pemberontak yang menderhaka kepada kerajaan Islam dan adalah sewajarnya pihak kerajaan menangani pemberontak ini sebelum mereka memberontak lebih jauh “

Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor menyatakan Universiti Al-Azhar ada membuat fatwa bahawa pejuang yang meninggal dalam tragedi Memali tidak mati syahid. Satu dokumen telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia oleh pihak Universiti Al-Azhar setelah meneliti perjalanan kejadian di kampung Memali.

Menurut Universiti Al-Azhar pejuang di kampung Memali merupakan pemberontak yang menderhaka kepada kerajaan Islam dan adalah sewajarnya pihak kerajaan menangani pemberontak ini sebelum mereka memberontak lebih jauh. 


Amat malang sekali pemimpin Pas ketika itu memutuskan bahawa kematian pemberontak itu adalah mati syahid, maka mereka mengebumikan jenazah pembrontak Memali dengan penuh darah tanpa dimandi dan dikafankan.

Kejadian ini juga ada kena mengena dengan amanat Haji Hadi yang didapati menyalahi hukum Islam. 

 “Setahu saya Haji Hadi tidak akan menarik
balik amanatnya, bagilah berapa jam sekalipun dalam televisyen Hadi tetap tidak akan
menarik balik amanatnya”
;- Dr Yusuf Nor



Juga ‘Sedap’ Baca: Kesian anak-anak Memali
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*