Fatwa Terbaru Nik Aziz?!

SATU lagi adegan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura Pas merangkap penceramah tetap Pas dan pelbagai merangkapan lagi.

Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi baru-baru ini, Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan seperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut seperti memberi hampas kepada ayam, seperti memberi jerami kepada lembu.
Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan seperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut fatwa terbaru Nik Aziz!!!
Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik!
Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas al-Quran dan Hadis!
Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai?
Teman ingat lagi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulur duit kepada orang ramai jelas terpampang!
Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Buddha, masih tersimpan dalam arkib!
Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?
Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!
Jadi kepada orang Pas-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang sudah ambil bantuan Kerajaan Persekutuan sama ada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit itu.
Bukan sahaja ia tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam dan memperlembukan mike yop!
PENULIS ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu – Zulkifli Noordin
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*