Festival Belia Putajaya 2013: Blogger Tuduh FBP Dimanipulasikan

Aku rasa mangkuk yang menulis artikel ini mesti golongan tua bangka, mana tidaknya pada perhimpunan Jutaan Belia 2012 pun masih nak dimanipulasikan, kira yang salah jek padahal banyak fakta yang didedahkan kepada umum  bertapa berkesan dan diterima Belia Malaysia, apakah jadi kesalahan meraikan belia-belia malaysia?Kalau nak dikira pada keprihatinan kerajaan hari ini dalam bajet pun memang ada untuk belia, apa bajet PR untuk belia?Dan untuk makluman KBS tidak mengeluarkan wang untuk Perhimpunan Jutaan Belia malah di perhimpunan itu mendapat banyak tajaan. SINI



Dulu dikenali Himpunan Sejuta Belia 2011. Kemudian Himpunan Jutaan Belia 2012. Kemudian tahun ini Festival belia Putrajaya 2013. Baguslah, Cuma tahun ini apakah kontroversi yang akan dibuat oleh KBS dan MBM agaknya, selaku rakan kongsi paling ngetop sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. 

Sebenarnya, projek ini bagus. Yang tak berapa nak bagusnya ialah ramai sangat membisneskan program yang baik ini. Kemudian pendekatan atau pengisiannya lebih cenderung kepada hiburan. Tahun lepas 20 lebih pentas digunakan untuk hiburan semata-mata. Harap tahun ini perbanyakkanlah pendekatan ilmu yer Pak Menteri. Tapi kalau Pak Menteri lepas PRU13 ni bertukar agaknya teruskan tak festival ni? – Nodabelia
Beberapa fakta yang pencacai² tak tahu:

1. Paling ketara untuk menilai kejayaan penganjuran Himpunan Jutaan Belia (HJB) pada kali ini dapat diukur dari segi jumlah pengunjung atau penyertaan belia di samping jumlah dan pengisian program/aktiviti serta jumlah tajaan korporat dan swasta yang telah diterima.

2. Strategi Lautan Biru (BOS) yang diterjemahkan dalam pelaksanaan program dan aktiviti dianjurkan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malah oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan swasta. Selain itu, HJB ini juga berjaya menarik minat dan perhatian belia-belia dari negara jiran untuk turut hadir seperti negara Brunei Darussalam. Terdapat juga belia-belia dari negara luar yang lain turut hadir di HJB. Justeru itu, perkara ini sekali gus berjaya menyangkal perspektif negatif di mata masyarakat dunia mengenai belia Malaysia yang kononnya ganas dan liar.
3. Sumber rasmi KBS mengumumkan kehadiran seramai 2.4 juta (2,480,502) belia dan pengunjung yang mana ia merupakan satu indikator baru yang menunjukkan generasi muda merasai bahawa mereka turut terlibat dan menyumbang dalam agenda pembangunan belia negara.
4. Tema “‘Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan’ bagi Himpunan Jutaan Belia ini turut dilihat sebagai pemangkin hala tuju golongan belia mendepani cabaran terkini dan masa depan dengan menyediakan kepada golongan belia peluang pekerjaan, kemahiran dan keusahawanan melalui pelaksanaan lebih 500 aktiviti dan acara di bawah 46 segmen.
5. “Konsep Dari belia kepada belia”. Program dan aktiviti yang diadakan adalah mengikut acuan, kehendak dan trend masa kini generasi muda termasuklah dalam memperkasakan jati diri insaniah dan sahsiah belia kerana semua program dan aktiviti dianjur dan dilaksanakan sendiri oleh belia.

6. Inisiatif Kerajaan khususnya KBS dipelbagaikan dalam memperkasakan belia-belia Malaysia bagi memberi kesan positif kepada belia itu sendiri untuk jangka masa panjang. Justeru itu, kesan-kesan positif yang dapat dilihat adalah golongan belia lebih berketerampilan, berwawasan, berpandangan jauh, berjati diri tinggi dan terutama sekali lebih berdisiplin untuk mengekspresikan kreativiti, minat, bakat dan kebolehan masing-masing secara positif kepada masyarakat.
7. Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.

8. Sekaligus memberikan satu keyakinan bahawa pada masa-masa akan datang HJB ini dapat dilaksanakan atas inisiatif swasta dan tidak lagi melibatkan perbelanjaan kerajaan. Inilah hasrat dan semangat penganjuran HJB pada tahun ini yang kesemuanya berpaksikan kepada slogan “Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini”Flashback Tentang Jutaan Belia : SINI 
Festival kali ini dibuat dengan penelitian khas yang dibincangkan untuk memberi pengisian yang membina golongan belia
 
Perbincangan ini meliputi  ‘Post Moterm’  Hari Belia Negara (HBN) dan Himpunan Jutaan Belia 2012, ‘Post Moterm’ Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri, ‘Brainstorming’ Konsep Perlaksanaan dan Aktiviti Festival Belia Putrajaya 2013 dan ‘Brainstorming’ Kearah Menginstitusikan (Institionalize) Sekreteriat HBN. > SINI
kepada yang belum daftar parliment belia klik bawah ini:
Pendaftaran Parliment Belia




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*