Fitnah PAS Kepada Zambry Part.2

IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak kesal kerakusan dan cara tidak berperancangan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menguruskan aset penting Negeri Perak iaitu tanah-tanah berstrategik yang bernilai dan mampu memberikan impak besar kepada Kerajaan Negeri Perak.


 

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, PAS  merasakan kaedah yang diamalkan oleh Datuk Seri Zambry hanya mencari keuntungan singkat dan bersikap terdesak mencari sumber pendapatan kewangan negeri untuk tempoh jangka masa pendek sahaja.
 
Menurutnya, antara contoh yang boleh dinyatakan adalah bekas tapak kuaters lama milik kerajaan negeri seperti yang bersebelahan dengan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Perak, kuaters bersebelahan dengan Balai Polis Sungai Senam dan yang terbaru ‘Wallet Court Flats’ yang bakal diserahkan kepada pihak pemaju.
 
Selain itu katana, Rumah Perak di Batu Ferenghi, Pulau Pinang yang juga telah dijual turut dipersoalkan.
 
‘Kami cukup bimbang dengan suasana ini kerana dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini telah banyak kawasan yang dianggap cukup bernilai dan berstrategik terlepas begitu sahaja,” katanya kepada Perakite Daily
 
Salman berkata, Apa yang ingin diketengahkan, kenapakah tiada perancangan rapi terhadap tanah-tanah tersebut yang cukup bernilai dan berstrategik yang amat berguna di masa hadapan untuk kerajaan negeri?
 
“Apakah motif sebenar penjualan tanah-tanah tersebut yang kami lihat ianya merugikan sumber tanah yang boleh digunakan di masa hadapan bagi tujuan pembangunan berstrategik bagi rakyat?,” soal beliau.
 
“Kami amat kesal dengan tindakan tidak berperancangan Datuk Seri Zambry di dalam menguruskan aset tanah yang mampu memberikan tambah nilai bagi rakyat seluruhnya,” tegasnya lagi.

Dari PAS Situkang Fitnah 

Hakikatnya (mesti baca sini)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.