GABEM : Najib Bantu 150 NGO

Semasa di majlis anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu/Bumiputera (GABEM).

Saya menyampaikan Ikrar Taat Setia & Penyampaian Bantuan Kepada 150 NGO Ekonomi Melayu di Putrajaya.
Kerajaan sentiasa berlaku adil dalam pengagihan ‘kek ekonomi’ negara supaya faedahnya dinikmati secara saksama oleh semua kaum.
Saya memberi jaminan kerajaan akan menjaga kepentingan orang Melayu tanpa merampas atau menafikan hak orang bukan Melayu.
Kita berupaya mengagih kekayaan negara tanpa nafikan hak bukan Melayu dan masyarakat usahawan bukan Bumiputera, jauh sekali merampas peluang ini daripada mereka. Pada masa sama, kita bangunkan ekonomi Melayu secara makro.
Malah, kaum bukan Melayu dan usahawan bukan Bumiputera mula memahami pendekatan ini bagi mengekalkan kestabilan serta kemakmuran ekonomi negara dalam jangka panjang.
Itulah sebabnya kita lihat ramai usahawan bukan Bumiputera yang berjaya kini membantu rakan niaga berbangsa Melayu.
Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya diFacebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*