GABUNG protes Bible guna kalimah ALLAH


Lebih 200 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.




Ketua Penerangan Gabung Abdullah Md Yusof berkata, bantahan itu bertujuan mengingatkan semua pihak bahawa kalimah ALLAH adalah hak eksklusif agama Islam dan mana-mana pihak digesa supaya tidak cuba mempermainkan isu sensitif itu.
“Kita (Gabung) mengingatkan mana-mana pihak supaya ‘tidak menjolok sarang tebuan’ kerana isu ini sudah banyak kali cuba diusik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan bantahan itu di hadapan sebuah restoran berdekatan Hentian Bas dan Teksi Ulu Tiram di sini.
Terdahulu, Gabung turut membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini supaya siasatan dijalankan terhadap isu itu.
Beliau berkata, Gabung bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 17 Februari depan di bandar raya ini bagi tujuan mempertahankan isu-isu berkaitan Islam dan mengajak semua umat Islam di seluruh negara menyertainya.


Katanya tempat perhimpunan masih di peringkat perbincangan.- Bernama


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*