Gadis Dijual Hanya RM200?

Seorang ibu di Lop Buri memaksa anaknya berusia 13 tahun untuk berkahwin dengan lelaki berumur 34 tahun selepas dia menerima bayaran mas kahwin sebanyak 2,000 baht (RM200).


Yayasan Pavena (Thailand) untuk Wanita dan Kanak-Kanak semalam berkata, gadis bawah umur itu memberitahu kakitangannya, lelaki terbabit datang ke rumahnya untuk minum bersama-sama ibu bapanya Selasa lalu.
Dia kemudian memasuki biliknya lalu memeluknya ketika dia tidur. Lelaki itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menjerit.
Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke biliknya dan memaksanya mengadakan seks. Apabila dia memaklumkan perkara itu kepada ibubapanya, mereka meminta lelaki itu membayar RM200 untuk menjadikan gadis itu isterinya.
Menurut yayasan itu, polis menyerbu rumah gadis berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kejadian itu. – Sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*