Gadis Jatuh Di Times Square


Beberapa blog, akaun FB serta Twitter memaparkan kejadian seorang gadis berbangsa Cina dipercayai berusia 19 tahun ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran dengan lif bertanda U Mobile) sekitar pukul 11 pagi tadi (14 Februari 2013).


Menurut kenyataan beberapa akaun laman sosial, mayat gadis berkenaan dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah dan berlumuran darah.


Gadis tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat 6 bangunan pusat beli belah terkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada gadis tersebut terjatuh, membunuh diri atau dibunuh. –DCM

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*