Gadis Lelong Dara


Seorang gadis di Hungary akan melelong daranya menerusi sebuah stesen televisyen secara langsung, lapor sebuah akhbar.

Remaja tersebut yang berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Miss Spring menyatakan, dia akan menyerahkan daranya kepada lelaki yang membayar harga tertinggi itu sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun.
Dia dilaporkan berbuat demikian bagi mengumpul wang untuk menyelamatkan rumah milik keluarganya daripada dilelong akibat hutang tertunggak.
“Hubungan seks itu cuma untuk semalam. Bagi saya, ia agak romantik kerana saya melakukannya dengan lelaki yang membayar wang untuk membantu keluarga saya daripada kehilangan tempat tinggal. Dia adalah penyelamat saya,” katanya.
Pada mulanya, gadis itu mahu merahsiakan identitinya tetapi mengubah fikiran apabila kisahnya disiarkan media tempatan. – Agensi
*Harap sangat kat Malaysia takde orang macam ini, kalau tidak apa nak jadi la pada kita, tanpa segan silu nak meletakkan diri ke tahap paling hina disini agama dan masyarakat. – DS

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*