GAJAH menanti Harimau Malaya

KUALA LUMPUR — Ketua jurulatih skuad kebangsaannya melupakan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, sebaliknya menuntut mereka memberi fokus sepenuhnya dalam aksi menentang Thailand. Skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Kumpulan B dijadual bertemu Thailand



selaku juara Kumpulan A pada saingan separuh akhir, 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi timbal balik pada 13 Disember di Stadium Rajamangala, Bangkok. 

Bangga tak kita dengan Negara kita?

Satu lagi separuh akhir bakal menemukan Singapura menentang Filipina yang akan berlangsung pada 8 dan 12 Disember. Rajagopal berkata skuad Gajah Putih itu merupakan pasukan hebat memandangkan mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam dua edisi Piala AFF lepas.


 “Thailand sememangnya satu pasukan yang kuat dan pada tahun ini, mereka muncul juara kumpulan A, jadi kita perlu meningkatkan lagi prestasi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Indonesia yang menyaksikan anak buahnya mencatatkan kemenangan 2-0. Bernama


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*